Memahami 'General Info' di papan trading Power Broking
Memahami 'General Info' di papan trading Power Broking anda atau di M2U stocks untuk pengguna platform BTX atau Excel Force.
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
Untuk mendapatkan maklumat umum berkenaan sesuatu syarikat di trading platform adalah amat mudah. Perkara ini lebih mudah jika anda menggunakan trading platform maybank.
Pertama jika anda buka trading platform biasanya default setting platform anda akan di susun melalui Most Active Volume.
Kaunter yang aktif akan berkelip-kelip kuning.
Jika anda ingin mengetahui maklumat syarikat tersebut apa yang perlu anda buat adalah dengan menekan kolum stock di bahagian atas kemudian tekan General Info.
Selepas itu akan keluar paparan maklumat umum syarikat tersebut.
Di bawah ini saya huraikan maksud maklumat tersebut;
Paparan yang pertama keluar adalah stok kod dan nama stok di ikuti dengan nama penuh syarikat tersebut. Jika stok tersebut berwarna biru muda itu bermaksud syarikat tersebut di senaraikan di Papan Utama atau main market, jika warna purple/magenta bermaksud st tersebut di senaraikan di papan ACE.
1. Detailed Status: Active
Ini bermaksud kaunter tersebut sedia di dagangkan. Jika di tulis Suspended bermaksud kaunter itu di gantung dagangannya. Anda boleh baca di bahagian announcement sebab apa ianya di gantung.
2. Member of Indices: Trading/Services
Ini bermaksud kaunter tersebut diletakkan dalam indeks seperti yang di nyatakan. Jadi jika indeks tersebut jatuh, secara tidak langsung kaunter itu pun jatuh.
3. ISIN: Ini adalah kod unik untuk sesuatu sekuriti yang di dagangkan dan regulated. Semua pelabur seluruh dunia boleh membeli stok ini jika mempunyai ISIN number. ISIN bermaksud 'International Securities Identification Number'.
4. Stock Exchange: BM. Maksudnya Stok ini di dagangkan di Bursa Malaysia. Ada juga stok di platform ini di dagangkan di Singapore dan Hong Kong stok exchange.
5. Listed On: Ini untuk memberitahu di papan mana di senaraikan. Sama ada papan utama atau papan ACE.
6. Sector: Ini untuk memberi informasi tentang syarikat itu berniaga dalam sektor apa.
7. Currency: MYR. Maksudnya stok ini di dagangkan dalam Ringgit Malaysia.
8. Shares Per Lot: 100.
Ini bermaksud 1 lot dalam kuantiti 100 units. Dahulu 1 lot dalam kiraan 1000 units.
Ini bermaksud 1 lot dalam kuantiti 100 units. Dahulu 1 lot dalam kiraan 1000 units.
9. Share Issued: 3.606b.
Ini bermaksud berapa unit saham syarikat di keluarkan. Pada saya lebih besar unit saham lebih berat untuk dia bergerak. Kurang 1 billion cantik. Namun dalam pasaran saham tiada istilah berat atau ringan untuk di goreng.

10. Par value: 0.10.
Ini bermaksud legal capital dan ianya adalah syarikat punya paid in (contibuted) modal.
Kalau dalam accounting begini secara mudahnya. Jika Par Value 0.10 dan IPO nya di jual pada harga 0.50. Stok nya akan di kredit 0.10 dan modal berbayar tambahan akan di kredit sebanyak 0.40. Tunai akan di debit sebanyak 0.50.

11. Paid up cap: Ini adalah modal berbayar oleh syarikat yang di daftarkan di SSM atau maklumat ini boleh di dapatkan di Prospectus.
12. Market Cap: Ini adalah nilah modal pasaran syarikat pada harga saham semasa.
Formulanya adalah harga saham di darabkan dengan share issued.
Formulanya adalah harga saham di darabkan dengan share issued.
13. Entitlement: Cum
Kalau infonya CUM bermaksud syarikat ada menawarkan dividend, warrant, bonus yang anda boleh cek di announcement. Kalau di tulis EX maksudnya eksesais itu telah di jalankan dan anda tidak layak untuk mendapat apa-apa eksesais dari syarikat.

14. Syariah: Yes/No.
Di sini anda boleh mengetahui bahawa syarikat tersebut statusnya shariah atau tidak di bawah SC majlis shariah. Atau anda boleh tengok tanda bulat kefil di tepi nama stok.
Di sini anda boleh mengetahui bahawa syarikat tersebut statusnya shariah atau tidak di bawah SC majlis shariah. Atau anda boleh tengok tanda bulat kefil di tepi nama stok.
15. Short sell indicator: Yes/No.
Ini bermaksud adakah stok ini boleh di jual dahulu oleh pedagang PDT yang mempunyai lesen khas untuk menjual dahulu stok tanpa memilikinya dahulu. Namun pegangan saham PDT ini perlu di nett off kan pada hari itu sahaja tanpa boleh membawanya ke hari esok.

16. Delivery basis: Ready atau -
Maksudnya stok ini akan di proses mengikut settlement biasa di Bursa seperti T3 settlement.
Maksudnya stok ini akan di proses mengikut settlement biasa di Bursa seperti T3 settlement.
Esok kita sambung dengan membaca financial info pula.
Jangan lupa LIKE & SHARE posting ini untuk rujukan anda di masa depan.
Beritahu kawan-kawan atau share dengan mana-mana grup gossip atau atau grup sekolah rendah, grup mengaji dan grup taman bahawa di fesbuk saya ini terdapat info pelaburan dan Bursa Malaysia percuma setiap hari tanpa henti.
Baca dan belajar di sini dahulu sebelum mendalami ilmu saham di kelas berbayar beribu riban itu supaya pelaburan ilmu anda lebih bermakna tanpa balik dari kelas mahal itu anda blurrr...
Jangan lupa ketik FOLLOW dan SEE FIRST.
YOUTUBE: Jeffry Azizi Jaafar
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Kelas strategi saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang.
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.
Post original di FB saya 26/12/2017
Comments
Post a Comment