WINDOW DRESSING KLCI 2017





GALAH PANJANG & WINDOW DRESSING KLCI 2017
***********************************************
Tinggal lagi 4 hari trading days sahaja Bursa Malaysia akan menutupkan tirai perdagangan untuk tahun ini.
Jika di kira secara sejarahnya KLCI mempunyai peluang sekitar 70% untuk membuat rally akhir tahun dan membuat closing cantik setinggi galah yang saya pegang ini.
Sepanjang data FBM KLCI 10 tahun lepas selalunya indeks komposit ini membuat kejutan dan memberi pulangan agak luar biasa apabila membawa ke tahun baru.
Hanya pada tahun 2009, 2010 dan 2016 penyucian tingkap dan penukaran langsir untuk KLCI agak hambar dan tiada hooray-hooray kepada pelabur.
Pada tahun 2011 adalah pulangan terbesar untuk rally akhir tahun apabila KLCI melonjak sebanyak 4.5% dalam tempoh dua minggu sebelum masuk tahun baru.
Sejak tiga minggu lepas pelabur luar negara telah mula memasuki bursa dengan nilai billion ringgit bakal menunjukkan reaksi positif menjelang beberapa hari mendatang ini. Mereka menjadi net buyers secara keseluruhannya dan jumlah pembelian terkumpul semenjak awal tahun sehingga minggu lepas adalah sekitar RM10 billion.
Dari total 49 minggu, dana asing ini telah menjadi net buyer selama 33 minggu berbanding hanya 26 minggu pada tahun 2016. Data ini di ambil dari MIDF report.
Nampaknya kenkawan Fund Manager saya pun dah habis bercuti dan sudah mula memasuki ofis esok hari. Harapan saya mereka tekan Buy button tu laju-laju supaya sentimen keseluruhan pasaran nampak cantik untuk semua jenis stok. Ini di namakan Window Dressing istilah oleh mereka untuk menjadikan fund yang mereka jaga nampak kemas di akhir tahun.
Pasaran di US juga nampak terkawal dengan interest rate seperti di jangka pada kadar 1.50%.
Kepada trader mendaftar di bawah saya, terutama dalam grup wasap Mastery Bursa seperti biasa saya, naura kenkawan lain akan sesama membantu untuk kita mendapat stok picks yang menguntungkan.
Esok kita kembali fokusss...
Kelas strategi saham seterusnya pada khamis ini 28/12/17. Wasap 0149927074 untuk mendaftar.
Lebih nyaman bila balik kampung berdua rasanya... Ye dak kenkawan? Harap tahun depan boleh balik kampung berdua dah... Minta kenkawan aminnn kan sikit... ðŸ˜˜ðŸ˜˜ðŸ˜˜
P/s: Itulah galah untuk mengait pokok asam jawa. Pokok itu usianya melebihi 20 tahun.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Kelas strategi saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang.
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.



Post original di FB saya 25/12/2017

Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TEKNIK TRADING BREAKOUT DOWNTREND CHANNEL

BAGAIMANA NAK PILIH STOK UNTUK DAY TRADING/FAST TRADING