Posts

Showing posts with the label Analisa pasaran

IRON & STEEL PRODUCT MANUFACTURING/STEELMILL

Image
IRON & STEEL PRODUCT MANUFACTURING/STEELMILL _______________________________ Pada bulan November lepas kita dapat lihat kejatuhan harga pelbagai stok walaupun market dunia terutama di Amerika syarikat membuat kenaikkan yang kemas. Kejatuhan ini membuat saya melihat dalam sektor Steel, satu sektor yang bila mana dia sampai waktu akan berpusing balik ke atas. Ini kita panggil rotational play dalam market. Kebanyakkan kaunter dalam sektor ini berada pada harga sokongan dan boleh  dikatakan murah. Ada stok yang mempunyai rekod kewangan dan prestasi yang cantik dan ada yang tidak berapa baik dari segi itu. Saya ada senaraikan beberapa kaunter yang berpotensi untuk naik semula apabila tema steel ni kembali. Anda perlu tapis mengikut strategi pemilihan anda. Namun teknik membeli pada paras sokongan ini memerlukan masa. Satu pesanan saya, Level support dan resistant adalah bukan satu garisan yang kita lukis bersifat concrete seperti concrete MRT. They got broken. Semakin level itu di

TEKNIK 59 SAAT

Image
TEKNIK 59 SAAT --------------------------- 59 saat ini mungkin mengubah keputusan belian anda... ************************** Kepada trader yang teruja dengan papan most active volume di tambah pula dengan kerlipan hijau iaitu berlaku sedikit kenaikkan barang setengah sen atau satu sen, 59 saat ini mungkin bakal mengubah keputusan belian anda. Apa yang perlu anda lakukan sebelum membuat belian tergesa-gesa ini selepas anda terlihat stok yang menggoda anda untuk membuat belian ini... 1. 5 saat pertama anda buka chart di trading platform anda. 2. 10 saat kedua kenal pasti trend pada 3 bulan terkebelakang. ***Apabila saya bercakap pasal trend, anda harus faham konsep uptrend, downtrend dan sideways. Pada stage ini anda harus tahu di mana high terdekat dan low terdekat. Persoalannya apakah corak trend carta pergerakkan harga syarikat? 3. 10 saat ketiga anda kenal pasti pergerakkan harga pada tempoh sebulan yang lepas. 4. 10 saat keempat anda kenal pasti pergerakkan harga pad

INVERTED HEAD AND SHOULDER PATTERN

Image
INVERTED HEAD AND SHOULDER PATTERN ********************************************** Chapter 10: Chart pattern yang menguntungkan setiap trader Bursa patut tahu. 10.5. Inverse Head and Shoulder Pattern Anda akan dapat banyak melihat pattern ini seperti gambar di bawah sewaktu pasaran membuat pembetulan dan mahu berpusing kembali ke atas. Time frame: Minima 1 jam. Lagi besar lagi kuat Jenis stok: Liquidity tinggi dan swing Indikator: Tiada Pemahaman bullish reversal candlestick amat membantu Bagaimana nak trade pattern ini? Anda boleh membeli pada permulaan breakout neckline atau tunggu harga membuat re-test. Re-test bermaksud kita tunggu harga breakout kemudian dia kembali ke paras neckline baru kita masuk. Jika mahu tunggu retest perlu menunggu signal candlestick bullish reversal pattern. Tetapi kalau sentimen bullish kuat memang tak sempat nak retest dia terbang. Untuk profit target anda boleh mengukur saiz dari neckline kepada head di bawah dan tambahkan dari point

Market Psikologi untuk traders

Image
Market Psikologi untuk traders ------------------------------------------------- Losing streak dalam Trading Stok Loss berturut-turut di kala market tiada arah adalah perkara yang di rasai oleh season trader. Yang claim win sahaja memang temberang dan setakat ni yang boleh claim win boleh di beri kepada longer Bitcoin sahaja. Haha... Kepada trader baru perkara ini amat menyedihkan. Ianya mesti dikuasai oleh trader untuk masuk balik dalam mood trading. Mana-mana traders veteran telah melalui fasa kemerosotan ini. Kemerosotan trading adalah coretan buruk dalam trading jurnal dan diary mereka. Kunci untuk berhadapan dengan rentak kekalahan yang sumbang ini adalah untuk mengenal pasti apabila anda berada dalam zon kerugian berturut dan kedua adalah untuk keluar dari mentaliti kekalahan ini. Bagaimana mengenal pasti anda dalam zon kerugian? Untuk menentukan anda berada dalam zon kerugian ialah bila trading jurnal anda dalam warna merah sahaja. Lebih dari 5 kali dalam 10 trade

52 weeks low - Bottom Fishing Strategy

Image
52 weeks low - Bottom Fishing Strategy ---------------------------------------------------- Dengan kesenduan pasaran saham terutama stok kecil tanpa kelip-kelipan di trading platform di tambah pula KLCI menuju ke paras 1700, nak scan stok bermomentum memang payah. Ada juga pilihan atau strategi lain untuk anda lihat di kala pasaran sebegini. Seperti menggunakan list 52 weeks low ini. Menggunakan strategi ini anda memerlukan kesabaran yang tinggi kerana nak tunggu price membuat turn around memang agak lambat. Namun dengan pemilihan stok yang betul pastinya berbaloi-baloi jika stok itu di beri masa untuk dia naik semula. List di bawah ini bercampur aduk 60 senarai stok yang membuat 52 weeks low iaitu harga setahun terendah. Secara kasar saya dapat melihat beberapa stok berfundamental tinggi dan high value, ada juga stok yang tak putus bagi dividen pada pemegang saham secara konsisten 4 kali setahun dengan zero gearing semenjak tahun 2013 lagi. Memang cantik stok ini. Banyak

MACD Trading Strategy

Image
MACD Trading Strategy -------------------------------------- Ini adalah antara indikator paling popular yang di gunakan oleh ramai traders. Tetapi ramai juga traders telah combo kan dengan lain-lain indikator untuk mendapat entry yang lebih kemas. Hari ni saya nak kongsikan basic simple MACD crossover sahaja. Jika traders baru dah boleh fahami nanti kita akan move on combo kan dengan indikator lain untuk mendapat result yang lebih cun. Indikator: MACD Setting: Standard 12, 26, 9 Time frame: 30 minit ke atas Jenis stok: Swing stok Entry: Masuk position bila mana MACD line crossover muncul di belah bawah mencungkil ke atas. Tunggu harga tutup di candle dan mesti ada bullish reversal candle baru kemas nak masuk. Exit: Bila line crossover ke bawah keluar. Walaupun selalunya akan muncul bullish candle, namun ini adalah petanda stok melemah dan akan sideways. Kelebihan pakai MACD ni dia adalah simple indikator dan boleh menjadi setup yang mudah dan menguntungkan untuk jenis stok

SWING BUY TRADING STRATEGY

Image
SWING BUY TRADING STRATEGY Swing Buy + Middle Bollinger Band *********************************** Strategi kali ni saya akan kongsikan setup swing buy menggunakan indikator Bollinger Band. Time frame: Sejam / Daily Indikator: Bollinger Band Tapi kali ini saya gunakan garis tengah band sahaja untuk setup. (middle band) 1. Pastikan Bollinger Band menuju ke arah ke atas atau slope ke atas untuk mencari buy. 2. Kita hanya gunakan garis tengah band sebagai bantuan. Setting band kita pakai default sahaja. 1. Apabila sesuatu stok dalam keadaan uptrend, line Bollinger Band akan point ke atas. 2. Jadi kita akan tunggu harga jatuh menyentuh garisan tengah band. 3. Apabila harga jatuh ke garisan tengah anda boleh beli terus ataupun tunggu candlestick yang menyentuh garis tengah itu hampir tutup harga waktu time frame yang kita trade. 4. Target anda boleh letak pada band atas atau resintant yang terdekat. 5. Stop loss anda letak pada bawah harga sokongan terdekat atau br

RSI Trading Strategi

Image
RSI Trading Strategi ------------------------------ Strategi ni kita akan gunakan indikator namanya RSI atau Relative Strength Index. Ia adalah salah satu momentum indikator yang di buat oleh Welles Wilder. Pakai RSI ni bukanlah susah mane sebab dia sukat Oversold dan Overbought. Jadi hari ni saya akan combo kan dengan Bullish Reversal Candlestick untuk mendapat pulangan yang cepat. Candlestick: 1. Buy setup mesti cari bullish reversal candlestick sahaja 2. Sell, cari bearish reversal candlestick Setup RSI; 1. Jika RSI berada pada zon oversold dan menjungkit naik pada paras 30 anda dah boleh ready cari Bullish Reversal Candlestick Pattern. Itu adalah buy signal anda. 2. Sell bila mana RSI pada zon 70 dan pada level overbought ni dia cross ke bawah. Bila anda nampak bearish reversal candle ready untuk jual Ok? Kannn simple bukan, yang penting platfrom trading yang anda guna ada indikator RSI ni. Tapi kebanyakkan chart sekarang memang ada indikator ni. Buy rules;

STRATEGI TRADING MENGGUNAKAN MOVING AVERAGE

Image
STRATEGI TRADING MENGGUNAKAN MOVING AVERAGE ----------------------------- Ok, hari ni edukasi kita kembali kepada trading strategi. Menggunakan Moving Average adalah salah satu teknik mudah dan simple dalam trading stok atau lain2 instrument. Yang baru kenal stok trading pun boleh gunakan setting ini. Sebelum itu, kenapa Moving Average ini amat berguna? ---------------------- 1. Membantu trader untuk mengenalpasti trend 2. Mengesan perubahan trend Simple Moving Average 10 & 20 & 200. ------------------------------------- Ini adalah setting yang biasa trader gunakan. Analysts pun menggunakan SMA 200 untuk mengenalpasti perubahan trend. Jika harga masih di atas SMA 200 mereka menganggap stok masih lagi trend ke atas, jika ke bawah sebaliknya. Tetapi view mereka amat lama iaitu 6 bulan ke atas. Time frame: 30 minit ke atas Stok: Mesti yang bervolume Indicators: SMA 10, 20 & 200 Penggunaan SMA 10 & 20 adalah bila mana SMA yang pantas iaitu 10 cross S

TRADING LIMIT

Image
TRADING LIMIT ------------------------- Salam jumaat. Alhamdulillah sejuk pagi ni. Hari ni saya ingin bercerita mengenai trading limit. Ya, dalam trading stok di Bursa anda memerlukan limit belian untuk beli sesuatu stok dan limit jualan untuk menjual sesuatu stok. Limit belian itu datang daripada beberapa cara. Saya ceritakan limit yang biasa orang gunakan. 1. Cash dalam akaun trading anda. Contoh; Anda ada RM10,000 anda boleh beli stok nilainya RM10,000. Ini cara pelaburan selamat. 2. Margin Acc; Ini anda menggunakan duit dari bank untuk biaya saham anda. Selalunya Cash dapat 2 kali limit, shares dapat 1.5 kali. Terpulang kepada financier anda. Kalau guna fasiliti ni time market sedap naik ke atas memang jadi leverage yang bagus. Kalau market drop ini yang di namakan margin call. Sekarang dah ada shariah margin acc. Kalau untuk IPO Maybank memang dah guna Shariah Margin. 3. Collateral cash atau share dalam akaun trading. Contoh; Anda ada cash RM10,000 atau nilai s

BEAR TRAP TRADING STRATEGI

Image
BEAR TRAP TRADING STRATEGI ----------------------------------------- Seperti yang di janjikan semalam, hari ni saya akan kongsikan teknik set up Bear Trap. Jenis Stok: Yang liquid dan berada di top volume page Time frame: 30 minit ke atas cun Indikator: Tak perlu 1. Hanya perlu kemahiran mencari di mana tempat major sapot. 2. Kemahiran membaca multiple time frame. 3. Kemahiran mencari pair atau candle Bullish Reversal. TRADING RULES: 1. Jika ada penampakkan bear trap chart pattern, anda harus tunggu bullish candlestik punya signal. 2. Selepas keluar Bullish Candlestick signal anda masuk pada candle kedua punya opening. 3. Letakkan stop loss anda 3 bid bawah bullish reversal candle yang pertama. Kalau nak selamat tapi jauh sikit stop loss letak 2 bid bawah bear trap punya candle tu. 4. Untuk profit target anda boleh makan sekurangnya 5 ke 15%. Atau minima 1:2 risk reward ratio dari stop loss. Kelemahan mencari setup Bear Trap adalah tak semua sapot level meng