Posts

Showing posts with the label Jom Belajar Saham

TEKNIK TRADING BREAKOUT DOWNTREND CHANNEL

TEKNIK TRADING BREAKOUT DOWNTREND CHANNEL ===================================== Hari ni edukasi kita di teruskan dengan bagaimana untuk kita lukis downtrend channel dan potensi saham yang berjaya breakout downtrend channel ini amat menarik. Topik ini saya pernah buat nota pada minggu-minggu yang lepas, tetapi kali ni versi video pula. Anda boleh lihat beberapa contoh seminggu dua ini apabila kaunter yang berjaya membuat breakout dowmtrend channel membuat rally yang sangat kemas. Contoh saham: IRETEX, EASTLAND, YKGI, GOODWAY, BAHVEST, EURO dan banyak lagi. Tips; 1.Anda plot lukisan awal saham yang downtrend channel ini. Kebiasaannya volume pada hujung2 trend agak lemah dan sedikit. 2. Anda set alert pada anggaran harga di mana berlakunya breakout channel ini ke atas. 3. Masukkan saham2 tersebut dalam watchlist. 4. Ada 2 kemungkinan iaitu harga saham akan spike terus ke atas atau akan membuat retest pada downtrend channel. 5. Anda boleh set target maksimum rally pada

KELAS STRATEGI SAHAM 16/2018

Image
KELAS STRATEGI SAHAM 16/2018 ============================ Maaf hari ni edukasi pasaran kita lambat sikit pasal saya ada kelas hari ni. Namunn tetap adaaa.... TRUMP TRADE WARS - apakah kesannya? Menjawab soalan followers dan ini jawapan saya secara mudah. Kenaikkan harga barang, pemberhentian pekerja terutama berasaskan industri dan kemeruduman ekonomi. Ini adalah worst case senario jika tariff baru ini dilaksanakan. Apakah tariff tersebut? 25% kepada import besi dan 10% kepada import aluminum. Kesan - kenaikkan kepada harga besi. Industri atau sektor yang terkesan adalah automotif, makanan dan minuman berasaskan tin, construction, perkapalan, oil n gas equipment dan banyak lagi yang berasaskan besi. Siapa yang akan bayar? 1. Industri yang terlibat akan serap kos dan memecatkan pekerja. 2. Industri serap kos dan mengurangkan profit margin (net profit down harga saham down) 3. Pass kos lebihan kepada konsumer. Opsyen ketiga paling ngeri kerana dengan harga baran

BAGAIMANA NAK LUKIS "TREND LINES" PADA CARTA STOK

Image
Salam jumaat yang terindah! BAGAIMANA NAK LUKIS "TREND LINES" PADA CARTA STOK Lukisan garis trend adalah seni yang yang mengambil sedikit masa untuk dikuasai. Ini kerana semua orang mempunyai cara tersendiri untuk melukisnya. Tidak ada cara sempurna untuk melukis nya kerana pergerakkan perangai setiap stok berbeza namun hasilnya akan menjadi lebih kurang sama garisannya. Apakah tujuan melukis trend lines? Tujuan melukis garis trend ialah untuk mengenal pasti kemungkinan 'reversal' berlaku. Mereka juga boleh memberi isyarat bahawa perubahan trend mungkin berlaku. Dalam arah menaik, lukiskan garis di sepanjang titik terendah dalam trend tanpa membiarkan garis menyeberang melalui harga. Anda memerlukan sekurang-kurangnya dua sentuhan garisan arah aliran tersebut. (Rujuk gambar di bawah) Itulah cara yang betul untuk menarik garis trend. Anda dapat melihat bagaimana stok mendapat sokongan belian berhampiran garisan selepas mendapat sekurang-kurangnya dua

KELAS STRATEGI SAHAM 15/2018

Image
KELAS STRATEGI SAHAM 15/2018 ============================= Hari ni kelas saham LIVE market berlangsung. Di dalam kelas saya memang saya fokuskan short term trading intraday (sehari) ke seminggu, atau hold lebih panjang sikit kurang dari sebulan. Saya lebih menekankan tindakan harga (price action) daripada financial reporting. Price action lebih kepada teknikal analisis, sentimen pasaran dan tindakan buyer dan seller pada sesuatu kaunter. Ini kerana pada pandangan peribadi saya jika trader/pelabur mengikut data dari financial reporting oleh syarikat banyak juga yang kecewa. (contoh: Huaan, Aemulus, Pworth, Jaks dan banyak lagi). Mereka ini mencatatkan keuntungan yang tinggi, tetapi harga saham jatuh juga. Namun ada juga yang menaik, tetapi ini akan memeningkan pelabur kenapa ada reporting bagus naik, ada juga reporting bagus menurun. Jadi tanpa membuang masa baiklah pelabur ikut sahaja harga yang ada di board. Tetapi trading untuk jangka masa pendek perlukan sedikit skill,

Fahami jenis kemungkinan Risk dan Reward

Image
Fahami jenis kemungkinan Risk dan Reward 1. Kebarangkalian untung vs kebarangkalian rugi (Probability of profit vs. Probability of loss) Bagi traders yang mengatakan risiko sebagai kebarangkalian keuntungan vs kebarangkalian kerugian, amaun yang berisiko pada umumnya adalah pertimbangan yang rendah, kerana kerugian tidak jelas. Jenis trader ini biasanya akan memberi tumpuan kepada strategi di mana kebarangkalian keuntungan lebih tinggi daripada kebarangkalian kerugian. Jadi secara umum strategi yang sesuai adalah Buy pada pull back selepas price Breakout dengan volume atau Buy on dip. 2. Jumlah yang anda boleh kalah berbanding jumlah yang boleh anda untung. (Amount you could lose vs Amount you could earn) Ini selalu dipanggil Risk Reward Ratio. Bagi trader yang menentukan risiko dengan cara ini, hakikat pada mereka bahawa memperoleh keuntungan di pasaran adalah sukar. Jenis trader ini biasanya hanya akan mempertimbangkan dagangan di mana potensi keuntungan lebih tinggi

Bagaimana memasukkan indicator dalam chart powerbroking Maybank

Bagaimana memasukkan indicator dalam chart powerbroking Maybank. # RemisierPalingFriendly # BursaMalaysia 0149927074 Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US) Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar --------------------------------------------------------------- Hubungi saya di  http://jeffry.wasap.my/  atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda dan pembukaan akaun saham di Maybank. P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain. Post original di FB saya 2/3/2018

Bagaimana nak buka chart di platform trading Maybank

  Video: Bagaimana nak buka chart di platform trading Maybank dan apakah features yang ada. KELAS STRATEGI SAHAM SETERUSNYA PADA KHAMIS 8/3/18. Wasap 0149927074 untuk mendaftar.  Terima kasih. # RemisierPalingFriendly # BursaMalaysia 0149927074 Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US) Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar --------------------------------------------------------------- Hubungi saya di  http://jeffry.wasap.my/  atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda dan pembukaan akaun saham di Maybank. P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain. Post original di FB saya 28/2/2018

BAGAIMANA NAK PILIH STOK UNTUK DAY TRADING/FAST TRADING

Image
BAGAIMANA NAK PILIH STOK UNTUK DAY TRADING/FAST TRADING =============================== Intraday/day trading adalah teknik dagangan di mana seorang trader membeli dan menjual stok sekali atau beberapa kali dalam sehari, untuk mengeksploitasi volatility dalam harga stok. Dewasa ini semua broker ada online trading, perdagangan harian boleh dilakukan dari mana-mana sahaja dengan hanya perlukan laptop/smartphone dan talian internet. Walau bagaimanapun, intraday/day trading adalah strategi pelaburan yang sangat berisiko jika tidak tahu caranya dan tiada sokongan dari rakan lain yang dapat mengesan kelajuan volume dan perubahan harga. Kecairan dan Volatility yang tinggi di perlukan; ------------------------------------------------------------------------- Kecairan dalam pasaran saham, merujuk kepada tahap dimana harga stok terjejas oleh dagangannya. Stok yang lebih cair semakin mudah diperdagangkan secara harian; Jika anda perasan stok jenis ini cenderung lebih banyak didiskaunk

SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ETF

Image
SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ETF =========================== *Kongsikan posting ini supaya rakyat Malaysia tahu apa itu pelaburan ETF. Hari ni adalah tarikh tutup akhir untuk memohon Myetf Dow Jones US Titans 50 di platform Maybank2u. Harga 3.99 seunit. Jika anda ingin membeli boleh beli sebelum pukul 5.00 petang ini. Di bawah saya ada salin soalan lazim berkenaan ETF di website Bursa Malaysia. Anda boleh baca untuk kefahaman anda. Apakah ETF? Dana Dagangan Bursa atau ETF ialah dana atau amanah jejakan terbuka yang disenaraikan atau didagangkan pada waktu sebenar dalam bursa saham. ETF adalah sekuriti yang menjejaki indeks, komoditi atau sekumpulan aset seperti tabung pelaburan terbuka, tetapi didagangkan dalam bursa seperti saham. Memandangkan ETF dibeli dan dijual dalam pasaran seperti saham, ETF diberikan harga dan didagangkan sepanjang hari. Kesimpulannya, ETF menggabungkan ciri-ciri dana terbuka dan saham. Apakah suatu indeks? Indeks terdiri daripada sekumpulan

Peraturan paling penting dalam trading/investing saham

Image
Peraturan paling penting dalam trading/investing saham ================================ NUMERO UNO Jangan bermodalkan dana yang anda tidak mampu tanggung kerugian total secara amnya. Ada satu peraturan penting no 1, yang harus selalu diingat dan saya ingatkan selalu kepada klien saya iaitu apabila anda melabur; Jangan pernah melabur wang yang anda tidak mampu tanggung kerugiannya. Savings vs Trading/Investing stok Investing bukanlah savings. Ingat tu. Terdapat perbezaan yang signifikan antara saving dan investing. Definasi mudah. Saving adalah menyimpan dengan wang di tempat yang aman damai, tenang di mana bila anda ingin mengaksesnya dalam beberapa hari, beberapa bulan, atau bahkan beberapa tahun dengan mudah dan tidak mengganggu rancangan invest atau trading. Saving mungkin mendapat sedikit pulangan bergantung kepada tempat anda meletakkannya, dan ia akan berada di sana untuk anda dalam kes kecemasan atau untuk mencapai matlamat yang anda simpan seperti menjadi jutawan

STOP LOSS = HENTIKAN KERUGIAN

Image
STOP LOSS = HENTIKAN KERUGIAN ============================== Persediaan order untuk stop loss seharusnya di rancang sewaktu kita sebagai para traders short term mencongak-congak entry. Maksudnya di sini, bila mana kita ternampak kaunter berpotensi dan membuat analisis untuk masuk order, waktu yang sama kita sudah tahu di mana kita perlu keluar jika harga tidak menyebelahi kita. Ianya adalah keputusan AWAL yang telah di bina. Perkara ini bertujuan untuk melindung modal trading. Ingat para traders, Trading Is A Business. Jika modal kita tersangkut atau kerugian terlalu dalam untuk di potong, masa untuk recovery akan di ambil lama. Waktu itu emosi dan disiplin memang sukar di kawal menyebabkan kita melakukan kesilapan lain seperti Overtrade limit, Overposition, Overconfident dan lain-lain. Selain kita mengharap harga kembali pulih, emosi dan perasan kita di luar waktu trading juga terganggu. Ini menyebabkan kemurungan, terlebih makan, terkurang makan, maki hamun, menyendiri, takin