Peraturan paling penting dalam trading/investing saham

Peraturan paling penting dalam trading/investing saham
================================
NUMERO UNO
Jangan bermodalkan dana yang anda tidak mampu tanggung kerugian total secara amnya.
Ada satu peraturan penting no 1, yang harus selalu diingat dan saya ingatkan selalu kepada klien saya iaitu apabila anda melabur; Jangan pernah melabur wang yang anda tidak mampu tanggung kerugiannya.
Savings vs Trading/Investing stok
Investing bukanlah savings. Ingat tu.
Terdapat perbezaan yang signifikan antara saving dan investing.
Definasi mudah. Saving adalah menyimpan dengan wang di tempat yang aman damai, tenang di mana bila anda ingin mengaksesnya dalam beberapa hari, beberapa bulan, atau bahkan beberapa tahun dengan mudah dan tidak mengganggu rancangan invest atau trading.
Saving mungkin mendapat sedikit pulangan bergantung kepada tempat anda meletakkannya, dan ia akan berada di sana untuk anda dalam kes kecemasan atau untuk mencapai matlamat yang anda simpan seperti menjadi jutawan secara perlahan dengan menyimpan. Pun boleh.
Melabur atau trading stok pula adalah proses meletakkan wang anda untuk bekerja untuk anda. Ya. Bekerja.
Apabila dilakukan dengan betul, ia biasanya boleh menghasilkan lebih banyak wang untuk anda daripada pulangan simpanan yang mungkin anda perolehi dalam FD, ASB unit trust dan lain-lain instrumen.
Tetapi dengan pulangan besar datang risiko yang besar. Ini adalah peraturannya. Betul?
Jika anda membuat pilihan pelaburan yang kurang baik atau bahkan jika perkara di luar kawalan berlaku seperti major sell off baru-baru ini anda boleh kehilangan wang atau modal labur/trading tersebut.
Ia mungkin tidak ada untuk anda sekiranya berlaku kecemasan.
Mengapa perkara ini penting?
Sekiranya anda selalu ingat peraturan ini dan jika anda tidak pernah melanggarnya, anda tidak perlu bimbang tentang makan roti canai hari-hari jika berlaku apa-apa dalam pasaran modal. Saving pun boleh kurang pulangannya namun modal pokok masih ada di situ. Tidak seperti pelaburan.
Matlamat pertama anda harus sentiasa ada dalam kepala anda dalam pelaburan adalah untuk mengelakkan kerugian besar. Jangan tamak. Jika ada untung ambil dulu.
Untuk mengelakkan temptation dalam stok market pertama sekali anda perlu tahu objektif dalam trading/investing. Ada yang sasarannya mingguan, bulanan dan tahunan. Lagi kecil time frame pulangan anda lagi besar risikonya. Anda perlu ada ilmu dan teknik yang ampuh dalam melalui proses ini. Cari trading/invesment advisor yang bukan sahaja berkelayakkan, namun memang in the market dan memerhati rapat pasaran saban hari. Kerana mereka ini truly market man.
Lain-lain tips kepada pelabur/trader baru;
1. Jangan gunakan limit trading. Normalnya dalam acc konvesional anda mendapat 2 kali ke 3 kali limit dari modal deposit.
2. Jangan trade pakai margin acc.
3. Jangan beli ikut tips yang anda tidak tahu hujung pangkal.
4. Akses kepada investment advisor anda mestilah mudah dan tiada exclusive kerana boleh mudah mendapat pandangan.
P/S; Esok Khamis, 8/2/18 saya ada buat kelas strategi saham fokus untuk short term. Jika anda berminat untuk perhalusi teknik ini jemput hadir.
Hubungi 0149927074 untuk mendaftar.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
-----------------------------------------------------------------
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda.
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 7/2/2018



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL