Posts

Showing posts with the label Belajar saham

BAGAIMANA MEMULAKAN PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

BAGAIMANA MEMULAKAN PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA ------------------------------------------------------------------- Kepada pelabur baru di luar sana yang ingin memulakan pelaburan saham di Bursa Malaysia boleh ikuti 5 langkah mudah seperti dalam video ini. Mohon jasa baik rakan facebook saya untuk share video ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia terdedah dengan pelaburan saham yang sah di Bursa Malaysia. Ya, tidak susah untuk buka akaun saham dan memulakan pelaburan. Hanya perlukan masa untuk membuat analisis syarikat yang berpotensi harga sahamnya naik dan modal untuk melabur dan berkembang. Hubungi saya untuk mulakan pelaburan anda. 0149927074 JEFFRY AZIZI JAAFAR, MSTA (U.K), CFTe (U.S) Wakil peniaga saham berdaftar Maybank Investment Bank Bangsar Post original di FB saya 17.3.2018

MACD = Moving Average Convergence Divergence

Salam Jumaat... PAGI! MACD = Moving Average Convergence Divergence =============================== Hari ni saya nak bercerita tentang satu indikator teknikal popular yang selalu trader gunakan iaitu MACD. Bagaimana saya gunakan MACD? Tonton video di bawah. Ini cara saya gunakannya, lain trader mungkin berbeza teknik penggunaan. Semoga dengan video ini dapat memperkemaskan lagi teknik trading anda dan dapat memperoleh keuntungan di pasaran. Jangan lupa LIKE & SHARE untuk rujukan di masa depan. 1. Kelas Strategi Saham saya seterusnya pada Khamis, 22/3/18. 2. Pembukaan akaun saham bersama Maybank wasap juga no dibawah. Kepada yang berminat boleh wasap 0149927074. JEFFRY AZIZI JAAFAR Remisier Maybank Investment Bank Bangsar # RemisierPalingFriendly # BursaMalaysia Post original di FB saya 16/3/2018

PUTUS CINTA LAMA, HADIR CINTA BARU

Image
PUTUS CINTA LAMA, HADIR CINTA BARU ================================== Berakhirnya kisah HUAAN, CUSCAPI, UCREST, DNEX, O & G stok dan beberapa lagi trading stok era sepurnama lepas ke belakang mendatangi pula EASTLAND, PICORP, BAHVEST, TFP, YKGI, IRETEX, LEESK, ASDION dan beberapa lagi. Ini adalah kitaran trading stok kategori small cap dan penny stok yang selalunya bawah RM1. Benda atau cycle yang sama juga pada trading stok jajaran RM1 ke RM10. Kitaran yang sama cuma harga berbeza. Jika anda bercita-cita ingin menjadi profitable trader, list of trading stok ini anda perlu update sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jadinya anda perlu ada lebih dari satu favourite list of stok. Contoh nama folder favourite ; 1. Now trending 2. Dah suam-suam kuku 3. Geng timbang kati 4. Teknologi power 5. Chip Biru dan macam-macam lagi... Bukannya bermaksud berkahirnya kitaran stok tu anda putus bercerai terus, tetapi anda buatkan satu list favourite khas kerana bila mana seller dah

BAGAIMANA NAK LUKIS "TREND LINES" PADA CARTA STOK

Image
Salam jumaat yang terindah! BAGAIMANA NAK LUKIS "TREND LINES" PADA CARTA STOK Lukisan garis trend adalah seni yang yang mengambil sedikit masa untuk dikuasai. Ini kerana semua orang mempunyai cara tersendiri untuk melukisnya. Tidak ada cara sempurna untuk melukis nya kerana pergerakkan perangai setiap stok berbeza namun hasilnya akan menjadi lebih kurang sama garisannya. Apakah tujuan melukis trend lines? Tujuan melukis garis trend ialah untuk mengenal pasti kemungkinan 'reversal' berlaku. Mereka juga boleh memberi isyarat bahawa perubahan trend mungkin berlaku. Dalam arah menaik, lukiskan garis di sepanjang titik terendah dalam trend tanpa membiarkan garis menyeberang melalui harga. Anda memerlukan sekurang-kurangnya dua sentuhan garisan arah aliran tersebut. (Rujuk gambar di bawah) Itulah cara yang betul untuk menarik garis trend. Anda dapat melihat bagaimana stok mendapat sokongan belian berhampiran garisan selepas mendapat sekurang-kurangnya dua

Apakah masa terbaik untuk jual saham anda?

Image
Apakah masa terbaik untuk jual saham anda? ===================================== Jawapan kepada soalan ini terlalu subjektif dan mengikut situasi. Jadi saya beri beberapa idea kepada pelabur yang sering mengalami masalah ini. Khas untuk pelabur yang ride trend dan jangka masa sederhana. Salah satu kesilapan pelabur biasa dalam pasaran saham adalah menjual winning stok terlalu cepat. Pre matured sales. Kajian menunjukkan bahawa pelabur awalnya merancang untuk long term lebih cenderung untuk menjual saham dengan keuntungan kecil dan berkemungkinan tidak menjual stok yang dalam keadaan losses. Kita lebih cenderung untuk mengambil keuntungan kecil daripada menjual stok yang dalam kerugian. Ini kesilapan umum dan menutup pintu pada kemungkinan pemulihan portfolio. Bilakah masa yang sesuai untuk menjual winning stok? Katakan anda memegang stok yang trending up dan kini anda tertanya-tanya sama ada anda harus mengambil keuntungan anda dan lari atau menunggu tanda bahawa stoknya a

My Favourites/Watchlist

Salam Isnin... My Favourites/Watchlist ==================== Sebelum kita nak enter sesuatu stok kita sepatutnya dah ada watchlist. Jadi pergerakkan harga di dalam watchlist dapat di perhati lebih teliti. Kalau nak tengok di page Most Active Volume lepas tu nak ikut kaunter yang rally hari ni tanpa rancangan awal di takuti kecundang di medan dagangan... Happy trading. Kelas Strategi Saham seterusnya pada Khamis, 8/3/18. Wasap 0149927074 untuk mendaftar. # RemisierPalingFriendly # BursaMalaysia 0149927074 Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US) Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar --------------------------------------------------------------- Hubungi saya di  http://jeffry.wasap.my/  atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda dan pembukaan akaun saham di Maybank. P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain. Post original di FB saya 26/2/2018

KELAS STRATEGI SAHAM 14/2018 (Sabtu)

Image
KELAS STRATEGI SAHAM 14/2018 (Sabtu) Kelas strategi saham saya adalah bersifat jangka pendek iaitu dalam pemfokusan intraday atau exit dalam tempoh 2 hari ke seminggu. Ini kerana kemeriahan stok di pasaran Bursa yang bervolume tinggi bersama kenaikkan harga bersifat tidak kekal. Hanya beberapa syarikat pada tahun ini berjaya mengekalkan momentum kenaikkan. Selain daripada itu kedatangan volatiliti oleh pasaran global yang berswing 3 ke 4 digit naik dan turun membimbangkan pelabur. Jadi dengan dagangan jangka pendek dapat meminimakan risiko kerugian kerana exposure traders adalah jangka pendek. Pelaburan terus ke Bursa Malaysia mempunyai risiko. Anda perlu menguruskan risiko dengan baik. Jika anda berminat untuk mempelajari dagangan jangka pendek, kelas seterusnya pada Khamis, 8/3/18. Wasap 0149927074 untuk mendaftar. Post original di FB saya 24.2.2018

APA NAK BUAT BILA MARKET BERGERAK PERLAHAN SEPERTI PAGI NI?

Image
APA NAK BUAT BILA MARKET BERGERAK PERLAHAN SEPERTI PAGI NI? Lumrah bertrading bila market laju kita beraksi, bila market slow ramai dari traders kekadang takde idea nak buat apa. Di sini saya senaraikan beberapa idea apa nak buat bila market slow. Khas untuk yang trade full time atau tiada kerja lain. Nak layan perkara lain pun boleh, cadangan di bawah untuk meningkatkan prestasi trading anda. 1. Study top gainers & top losers Ini bertujuan untuk anda mencari sebab kenaikkan atau kejatuhan. Adakah sebab news atau chart pattern. Juga persediaan untuk anda jika anda sendiri berada dalam posisi kaunter tersebut. 2. Paper trade Boleh praktis entry, exit & money management tanpa risikokan duit sebenar. Ambil serius setiap posisi. 3. Review trade yang lepas. Kenapa masuk entry yang gagal? Kenapa take profit terlalu awal? Kenapa lambat untuk stop loss? Kenapa over trade? Dan lain-lain lagi 4. Baca nota pelaburan saham di FB/Blog dan buku. Anda boleh layari sumber b

5 SIGNAL UNTUK KITA LIHAT BAHAWA SELL OFF DI PASARAN US/BURSA SUDAH HAMPIR BERAKHIR

Image
5 SIGNAL UNTUK KITA LIHAT BAHAWA SELL OFF DI PASARAN US/BURSA SUDAH HAMPIR BERAKHIR ================================= Para pelabur umumnya tahu bahawa pasaran global akan mengikut apa yang berlaku di pasaran Amerika. Uniknya di Bursa apabila pasar US naik, pasar Bursa perlahan mendaki tapi bila pasar US turun pasar di Bursa kemain dia punya ikut. Berikut beberapa isyarat yang kita boleh lihat bagaimana kejatuhan di pasar US sudah hampir berakhir. Cara ini juga boleh di guna pakai di pasar Bursa. 1. SEMAKIN SIKIT NEW LOWS: Indeks saham utama Wall Street naik lebih daripada 1 peratus pada hari Jumaat, memberikan para pelabur beberapa kelegaan setelah seminggu perubahan besar yang menggegarkan pasar global. Apa yang kita mahu lihat adalah pembelian yang kuat dan kebanyakkan stok mesti tutup harganya lebih tinggi daripada purata harga minggu lepas. 2. STOK YANG REBOUND LUAR BIASA: Pastinya akan ada stok yang membuat rebound luar biasa kekadang sampai membuat new high di kala pasa

INTRADAY SHORT SELLING

Image
INTRADAY SHORT SELLING ====================== Ini adalah salah satu insentif baru kepada pelabur di Bursa Malaysia yang di umum Dato Najib pada World Capital Markets Symposium minggu lepas. Sebelum ini intraday short selling hanya di benarkan kepada Prop Traders berlesen di Bursa sahaja. Peraturan ini di jangka akan di keluarkan oleh pihak SC dalam beberapa minggu. Lain-lain insentif seperti waiver untuk duti setem untuk syarikat mid dan small cap untuk 3 tahun dan 6 bulan tanpa fee clearing bursa di jangka bermula awal bulan March depan. BOLEHKAH ANDA MEMPEROLEH KEUNTUNGAN DENGAN SHORT SELL DALAM INTRADAY TRADING? Ya, anda boleh apabila pasaran berada dalam trend harian menurun tanpa gap. Short sell atau jual singkat adalah mekanisme urus niaga pertukaran di mana anda menjual stok yang tidak anda miliki. Stok itu anda meminjam sebenarnya dari Bursa, dan perlu dipulangkan semula. Jika peraturannya intraday anda mestilah beli balik jualan tadi sebelum pasaran tutup pukul

MARGIN CALL

Image
MARGIN CALL ============ Apakah Margin Call dalam saham dan apa yang berlaku jika anda mendapat panggilan ini? Apabila Broker anda membuat Margin Call, ini bermakna posisi saham anda dalam keadaan bermasalah dan harganya pasti kebawah kerana dalam pasaran Bursa Malaysia sekarang ini hanya boleh membuat untung dengan Buy Up. Sebelum itu apakah itu Akaun Margin? Secara mudahnya akaun margin adalah satu fasiliti akaun dalam pelaburan saham di mana anda boleh mendapat "leverage" atau penggandaan daripada modal anda. Contoh jika anda mempunyai dana Rm10,000 anda di benarkan untuk membeli saham sehingga nilai Rm15,000 atau Rm20,000 bergantung kepada pakej broker. Ini bukan trading limit lebihan yang anda kena selesaikan pada T3, akaun ini anda boleh pegang saham sehingga berapa lama yang anda mahu. Anda hanya perlu membayar interest seperti pinjaman bank dalam rate yang di tentukan (biasanya dalam 7 ke 9 % setahun). Apabila anda membuka akaun margin dengan broker saham

Dua kriteria (skill) yang akan meletakkan anda di hadapan dalam stock trading

Image
Dua kriteria (skill) yang akan meletakkan anda di hadapan dalam stock trading ================================== Dua skill utama itu adalah 1) Kawalan risiko (Risk Control) 2) Kawalan diri (Self Control) Mengurus risiko dalam akaun anda cukup mudah apabila anda mengetahui formula dan caranya. Profesional trader rutinnya memperuntukkan sehingga satu pertiga masa penyelidikannya mengira berkenaan pengurusan wang (money management), kerana dia akan membandingkan risiko dan ganjaran (risk reward ratio) untuk saham yang berpotensi. Kadang kala kerana terlalu biasa melakukan perkara ini, mereka dapat melakukannya dengan cepat. Pro trader akan membuang banyak stok yang kelihatan menarik tetapi parameter risikonya tidak sesuai dengannya. Bermakna pulangan keuntungan berbanding risiko trading yang di hadapi tidak cantik rationya. Nak tanya trader baru yang berkecimpung dalam pasaran saham, berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk mengira dan mengurus risiko? Kemungkinan bes

SIRI RICHARD WYCKOFF - 2

Image
SIRI RICHARD WYCKOFF - 2 Pendekatan Lima Langkah ke Pasaran Saham Kaedah Wyckoff melibatkan pendekatan lima langkah untuk pemilihan saham dan trade entry, yang boleh diringkaskan seperti berikut; 1. Tentukan kedudukan stok sekarang dan trend kemungkinan stok di masa depan. Adakah pasaran dalam fasa sideways atau uptrend? Adakah analisis anda tentang carta, demand dan supply pasaran menunjukkan arah yang mungkin ke atas dalam masa terdekat? Penilaian ini akan membantu anda memutuskan sama ada untuk masuk pasaran dan jika ya, semak pula jangkaan tempoh masa. 2. Pilih saham selaras dengan trend. Dalam aliran menaik, pilih saham yang lebih kukuh daripada indeks. Sebagai contoh, cari saham yang menunjukkan peningkatan peratusan yang lebih tinggi daripada pasaran semasa keseluruhan, dan penurunan yang lebih kecil semasa market keseluruhan membuat pembetulan. 3. Pilih saham dengan "sebab" atau melebihi matlamat minimum anda. (Agak teknikal) Komponen dan pengu