Apakah masa terbaik untuk jual saham anda?

Apakah masa terbaik untuk jual saham anda?
=====================================
Jawapan kepada soalan ini terlalu subjektif dan mengikut situasi. Jadi saya beri beberapa idea kepada pelabur yang sering mengalami masalah ini. Khas untuk pelabur yang ride trend dan jangka masa sederhana.
Salah satu kesilapan pelabur biasa dalam pasaran saham adalah menjual winning stok terlalu cepat. Pre matured sales.
Kajian menunjukkan bahawa pelabur awalnya merancang untuk long term lebih cenderung untuk menjual saham dengan keuntungan kecil dan berkemungkinan tidak menjual stok yang dalam keadaan losses.
Kita lebih cenderung untuk mengambil keuntungan kecil daripada menjual stok yang dalam kerugian.
Ini kesilapan umum dan menutup pintu pada kemungkinan pemulihan portfolio.
Bilakah masa yang sesuai untuk menjual winning stok?
Katakan anda memegang stok yang trending up dan kini anda tertanya-tanya sama ada anda harus mengambil keuntungan anda dan lari atau menunggu tanda bahawa stoknya akan membuat reversal ke bawah.
Terdapat beberapa tanda amaran yang anda boleh ambil kira:
1. Fundamental fail
Jika fundamental syarikat (jualan, hutang, aliran tunai dan sebagainya) mula menunjukkan tanda-tanda negatif, ia mungkin bermakna sesuatu telah berubah yang akan menjejaskan harga saham secara negatif.
Jangan tunggu pasaran panik akibat penurunan pendapatan atau asas penting lain, bersiaplah untuk menjual stok semasa anda masih mempunyai keuntungan yang baik.
2. Target price
Anda boleh menjual stok anda apabila harga stok anda mencapai sasaran fair value broker. Di website i3 investor ada membuat senaraian target price oleh setiap broker yang membuat research stok tersebut.
3. Dividen di kurangkan atau secara tetiba kaunter yang biasa beri dividen sudah tidak lagi berbuat demikian.
Apabila syarikat mula memotong atau menghapuskan dividen, sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan untuk menjualnya.
Potongan dividen adalah perkara yang serius dan menandakan kesulitan kewangan yang harus diperhatikan para pelabur.
4. Perhatian umum
Berhati-hati dengan media. Jika stok anda mula di sebut-sebut di media sosial atau media aliran umum anda boleh berfikir untuk menjualnya. Ini kerana stok anda sudah mencapai kematangan dan sudah mula di spekulasi.
5. Growth stok dah tak berkembang
Apabila stok anda pegang berkembang secara perlahan, sudah waktunya untuk menjual.
Pasaran tidak akan berlaku baik kepada saham pertumbuhan yang gagal mengekalkan pertumbuhan mereka.
Boleh juga anda menjual secara partial winning stok anda dengan ratio 1/3 atau 1/2 kepada setiap tingkat volume dan harga spike untuk lock profit awal atau lain-lain strategi teknikal.
KELAS STRATEGI SAHAM TERDEKAT
KHAMIS 8/3/18
Wasap 0149927074 untuk mendaftar.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
---------------------------------------------------------------
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda dan pembukaan akaun saham di Maybank.
P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 1.3.2018


Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL