Posts

Showing posts from February, 2018

KELAS STRATEGI SAHAM JANGKA PENDEK 13/2018 (Khamis)

Image
KELAS STRATEGI SAHAM JANGKA PENDEK 13/2018 (Khamis) Bagaimana pasaran saham berdepan cuti yang panjang (lebih 3 hari) ------------------------------------------------------------------------- Artikel kali ni saya akan membuat sedikit rumusan dari pengalaman saya dengan pasaran saham berdepan dengan cuti panjang. Harga saham sering mengikuti trend bermusim pada masa yang sama tiap tahun (selalunya), kerana jumlah peserta di pasaran datang dan pergi di waktu ini boleh dijangka dan ini akan membentuk satu pattern. Ini mungkin kerana terdapat sedikit peniaga yang aktif di pasaran (contohnya menjelang cuti festival) atau lebih banyak peniaga di pasaran (contohnya ketika musim quarter report). Ini juga akan mempengaruhi harga saham yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, penting untuk diingati bahawa trend stok bermusim tidak terpakai sepanjang masa dan hanya boleh menjadi satu faktor dalam strategi trading anda. Seperti yang terjadi tahun ini, tiada Chinese New Year (CNY) rally

BAGAIMANA NAK PILIH STOK UNTUK DAY TRADING/FAST TRADING

Image
BAGAIMANA NAK PILIH STOK UNTUK DAY TRADING/FAST TRADING =============================== Intraday/day trading adalah teknik dagangan di mana seorang trader membeli dan menjual stok sekali atau beberapa kali dalam sehari, untuk mengeksploitasi volatility dalam harga stok. Dewasa ini semua broker ada online trading, perdagangan harian boleh dilakukan dari mana-mana sahaja dengan hanya perlukan laptop/smartphone dan talian internet. Walau bagaimanapun, intraday/day trading adalah strategi pelaburan yang sangat berisiko jika tidak tahu caranya dan tiada sokongan dari rakan lain yang dapat mengesan kelajuan volume dan perubahan harga. Kecairan dan Volatility yang tinggi di perlukan; ------------------------------------------------------------------------- Kecairan dalam pasaran saham, merujuk kepada tahap dimana harga stok terjejas oleh dagangannya. Stok yang lebih cair semakin mudah diperdagangkan secara harian; Jika anda perasan stok jenis ini cenderung lebih banyak didiskaunk

5 SIGNAL UNTUK KITA LIHAT BAHAWA SELL OFF DI PASARAN US/BURSA SUDAH HAMPIR BERAKHIR

Image
5 SIGNAL UNTUK KITA LIHAT BAHAWA SELL OFF DI PASARAN US/BURSA SUDAH HAMPIR BERAKHIR ================================= Para pelabur umumnya tahu bahawa pasaran global akan mengikut apa yang berlaku di pasaran Amerika. Uniknya di Bursa apabila pasar US naik, pasar Bursa perlahan mendaki tapi bila pasar US turun pasar di Bursa kemain dia punya ikut. Berikut beberapa isyarat yang kita boleh lihat bagaimana kejatuhan di pasar US sudah hampir berakhir. Cara ini juga boleh di guna pakai di pasar Bursa. 1. SEMAKIN SIKIT NEW LOWS: Indeks saham utama Wall Street naik lebih daripada 1 peratus pada hari Jumaat, memberikan para pelabur beberapa kelegaan setelah seminggu perubahan besar yang menggegarkan pasar global. Apa yang kita mahu lihat adalah pembelian yang kuat dan kebanyakkan stok mesti tutup harganya lebih tinggi daripada purata harga minggu lepas. 2. STOK YANG REBOUND LUAR BIASA: Pastinya akan ada stok yang membuat rebound luar biasa kekadang sampai membuat new high di kala pasa

INTRADAY SHORT SELLING

Image
INTRADAY SHORT SELLING ====================== Ini adalah salah satu insentif baru kepada pelabur di Bursa Malaysia yang di umum Dato Najib pada World Capital Markets Symposium minggu lepas. Sebelum ini intraday short selling hanya di benarkan kepada Prop Traders berlesen di Bursa sahaja. Peraturan ini di jangka akan di keluarkan oleh pihak SC dalam beberapa minggu. Lain-lain insentif seperti waiver untuk duti setem untuk syarikat mid dan small cap untuk 3 tahun dan 6 bulan tanpa fee clearing bursa di jangka bermula awal bulan March depan. BOLEHKAH ANDA MEMPEROLEH KEUNTUNGAN DENGAN SHORT SELL DALAM INTRADAY TRADING? Ya, anda boleh apabila pasaran berada dalam trend harian menurun tanpa gap. Short sell atau jual singkat adalah mekanisme urus niaga pertukaran di mana anda menjual stok yang tidak anda miliki. Stok itu anda meminjam sebenarnya dari Bursa, dan perlu dipulangkan semula. Jika peraturannya intraday anda mestilah beli balik jualan tadi sebelum pasaran tutup pukul

SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ETF

Image
SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ETF =========================== *Kongsikan posting ini supaya rakyat Malaysia tahu apa itu pelaburan ETF. Hari ni adalah tarikh tutup akhir untuk memohon Myetf Dow Jones US Titans 50 di platform Maybank2u. Harga 3.99 seunit. Jika anda ingin membeli boleh beli sebelum pukul 5.00 petang ini. Di bawah saya ada salin soalan lazim berkenaan ETF di website Bursa Malaysia. Anda boleh baca untuk kefahaman anda. Apakah ETF? Dana Dagangan Bursa atau ETF ialah dana atau amanah jejakan terbuka yang disenaraikan atau didagangkan pada waktu sebenar dalam bursa saham. ETF adalah sekuriti yang menjejaki indeks, komoditi atau sekumpulan aset seperti tabung pelaburan terbuka, tetapi didagangkan dalam bursa seperti saham. Memandangkan ETF dibeli dan dijual dalam pasaran seperti saham, ETF diberikan harga dan didagangkan sepanjang hari. Kesimpulannya, ETF menggabungkan ciri-ciri dana terbuka dan saham. Apakah suatu indeks? Indeks terdiri daripada sekumpulan

MARGIN CALL

Image
MARGIN CALL ============ Apakah Margin Call dalam saham dan apa yang berlaku jika anda mendapat panggilan ini? Apabila Broker anda membuat Margin Call, ini bermakna posisi saham anda dalam keadaan bermasalah dan harganya pasti kebawah kerana dalam pasaran Bursa Malaysia sekarang ini hanya boleh membuat untung dengan Buy Up. Sebelum itu apakah itu Akaun Margin? Secara mudahnya akaun margin adalah satu fasiliti akaun dalam pelaburan saham di mana anda boleh mendapat "leverage" atau penggandaan daripada modal anda. Contoh jika anda mempunyai dana Rm10,000 anda di benarkan untuk membeli saham sehingga nilai Rm15,000 atau Rm20,000 bergantung kepada pakej broker. Ini bukan trading limit lebihan yang anda kena selesaikan pada T3, akaun ini anda boleh pegang saham sehingga berapa lama yang anda mahu. Anda hanya perlu membayar interest seperti pinjaman bank dalam rate yang di tentukan (biasanya dalam 7 ke 9 % setahun). Apabila anda membuka akaun margin dengan broker saham

KELAS STRATEGI SAHAM 12/2018 (Khamis)

Image
KELAS STRATEGI SAHAM 12/2018 (Khamis) ==================================== Seperti biasa hari khamis adalah hari kelas strategi saham saya. Perkara penting yang di ajar dalam kelas adalah setup trading. Setup trading ni adalah sebahagian daripada trading plan, termasuk position sizing dan rules entry dan exit. Jika anda follow setup trading anda juga telah follow trading plan dan setup trading kebanyakkan traders berpandukkan price action dan indikator iaitu teknikal analisis. Pelabur yang tiada setup trading akan hilang pedoman apabila market membuat selloff dan stok yang di beli akan menjadi tukun apabila traders tiada minat terhadap stok tersebut. Edukasi kita bersambung malam ni. Hari ni tak sempat nak tulis. Kenkawan yang nak belajar setup teknikal kelas seterusnya pada Khamis depan. 0149927074 Jeffry Azizi Jaafar # RemisierPalingFriendly Maybank Bangsar Post original di FB saya 8/2/2018

Peraturan paling penting dalam trading/investing saham

Image
Peraturan paling penting dalam trading/investing saham ================================ NUMERO UNO Jangan bermodalkan dana yang anda tidak mampu tanggung kerugian total secara amnya. Ada satu peraturan penting no 1, yang harus selalu diingat dan saya ingatkan selalu kepada klien saya iaitu apabila anda melabur; Jangan pernah melabur wang yang anda tidak mampu tanggung kerugiannya. Savings vs Trading/Investing stok Investing bukanlah savings. Ingat tu. Terdapat perbezaan yang signifikan antara saving dan investing. Definasi mudah. Saving adalah menyimpan dengan wang di tempat yang aman damai, tenang di mana bila anda ingin mengaksesnya dalam beberapa hari, beberapa bulan, atau bahkan beberapa tahun dengan mudah dan tidak mengganggu rancangan invest atau trading. Saving mungkin mendapat sedikit pulangan bergantung kepada tempat anda meletakkannya, dan ia akan berada di sana untuk anda dalam kes kecemasan atau untuk mencapai matlamat yang anda simpan seperti menjadi jutawan

RM55 Billion

Image
RM55 Billion ========== Ini lah kerugian yang di alami pelabur pasaran Bursa Malaysia ketika pasaran jatuh pagi tadi. Jika di nett off itulah angkanya, jika masih di pegang kerugian masih dalam apungan (as good as loss) Untuk pelabur jangka panjang mungkin ini waktu sesuai untuk membeli lagi ketika harga murah dan mempuratakan harga ke bawah (saya tak berapa gemar strategi ni). Untuk pelabur short term pastinya mengalami kerugian sebagai adat dalam berdagang. Sambil-sambil rehat kita santai-santai sikit. Apa yang boleh di buat dengan angka ini? Macam-macam... Boleh lah buat masjid standard harga Rm 10 juta sebnyak 5500 biji... # RemisierPalingFriendly # BursaMalaysia 0149927074 Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US) Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar ------------------------------------------- Perkhidmatan saya : - Kelas strategi saham - Pembukaan akaun trading & CDS - Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham Hubungi saya di  http://jeffry.wa

Pasaran Bursa Malaysia selepas kejatuhan DJ 666 pts

Image
Pasaran Bursa Malaysia selepas kejatuhan DJ 666 pts ================================= Umum pelabur mengetahui apabila DJ membuat kejatuhan besar pastinya pasaran serantau membuat kejatuhan bersama. Perkara ini kita dapat lihat dari harga buka Nikkei yang gap down, sehingga ke pasaran Bursa kita. Tetapi jika DJ membuat kenaikkan belum tentu Bursa follow kan?  😄 Seperti selalu pelabur yang pertama kali melalui situasi ini pada awal pagi tadi seperti ada rama-rama berada dalam perut tak tau apa nak buat, lantas membuat panik selling di awal pagi membuat kebanyakkan kaunter ada gap harga jatuh dari harga jumaat. Tidak mengapa tindakan anda itu betul kerana kita tidak tahu apa pasaran nak buat selepas itu. Tetapi selepas 10 minit tiada lagi tekanan jualan harga kembali stabil ke atas. Namun ini tidak bermakna esok harga akan terus ke atas. Apa nak buat bila berlaku sell off dan pasaran bervolatile sebegini? Kepada pelabur fast trade/intraday: 1. Carian harga sokongan dala