KELAS STRATEGI SAHAM JANGKA PENDEK 13/2018 (Khamis)

KELAS STRATEGI SAHAM JANGKA PENDEK 13/2018 (Khamis)
Bagaimana pasaran saham berdepan cuti yang panjang (lebih 3 hari)
-------------------------------------------------------------------------
Artikel kali ni saya akan membuat sedikit rumusan dari pengalaman saya dengan pasaran saham berdepan dengan cuti panjang.
Harga saham sering mengikuti trend bermusim pada masa yang sama tiap tahun (selalunya), kerana jumlah peserta di pasaran datang dan pergi di waktu ini boleh dijangka dan ini akan membentuk satu pattern.
Ini mungkin kerana terdapat sedikit peniaga yang aktif di pasaran (contohnya menjelang cuti festival) atau lebih banyak peniaga di pasaran (contohnya ketika musim quarter report). Ini juga akan mempengaruhi harga saham yang tidak menentu.
Walau bagaimanapun, penting untuk diingati bahawa trend stok bermusim tidak terpakai sepanjang masa dan hanya boleh menjadi satu faktor dalam strategi trading anda.
Seperti yang terjadi tahun ini, tiada Chinese New Year (CNY) rally kerana di ganggu oleh sentimen pasaran global. Stok yang naik pun hanyalah rebound dari kejatuhan minggu lepas. Jadi yang untung adalah kepada fast traders yang sanggup mengadap skrin untuk mencari peluang.
Harga saham cenderung jatuh pada cuti panjang kerana pengurus dana dan peniaga institusi besar pergi bercuti. Jika kita lihat dagangan pada minggu ini agak hambar kecuali pada petang semalam dan hari ni separuh hari.
Mereka sering menjual beberapa saham dan aset lain sebelum mereka pergi. Ini supaya pelaburan mereka kurang berisiko untuk mengambil rugi besar jika pasaran jatuh tiba-tiba ketika mereka tidak berada di depan skrin dagangan mereka untuk bertindak balas dengan cepat.
Kerana jumlah dagangan pada minggu menghampiri cuti dan kecairan lebih rendah berbanding musim sebelum cuti panjang, lebih mudah untuk satu dagangan besar mendorong harga naik dan turun. Oleh itu, harga saham boleh menjadi lebih tidak menentu berbanding masa ini dan trading boleh menjadi risiko yang lebih tinggi. Tetapi hari ni kebanyakkan kaunter rebound naik dengan mudah kerana peniaga-peniaga besar ini berkemungkinan tiada posisi di pasaran.
Ringkasan
Harga saham cenderung untuk melakukan pergerakkan harga yang besar sama ada naik dan turun pada kebiasaan 2 hari sebelum cuti panjang kerana kurangnya peserta pasaran. Jadi 2 hari akhir trading sebelum cuti panjang ini akan di ikuti oleh sentimen pasaran semasa dan global. Contohnya pada minggu menjelang CNY ini sentimen pasaran US rebound dengan kuat, jadinya stok-stok lokal lebih ringan mengikut arah ke atas kerana kurangnya peserta. Berbanding hari biasa, jika sentimen pasaran global menguat pun belum tentu pasaran kita ikut sama.
Keywordnya peserta pasaran.
Happy holiday & Chinese New Year, banyak betul cuti kat Malaysia ni. Enjoyyy.
Kepada yang berminat mempelajari teknik dagangan jangka pendek di Bursa, wasap 0149927074 untuk mendaftar.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
---------------------------------------------------------------
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda dan pembukaan akaun saham di Maybank.
P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 15/2/2018




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL