Posts

Showing posts with the label IPO MITI

Edisi peluang pelaburan saham peruntukan MITI (LENGKAP) - GDB HOLDINGS BERHAD

Image
Edisi peluang pelaburan saham peruntukan MITI (LENGKAP) - GDB HOLDINGS BERHAD ******************************************** (Mohon SHARE post ini untuk kongsi peluang sesama Bumiputra) Tahukah anda MITI bukan sahaja kasi AP kereta recond? Tapi MITI juga ada peruntukan saham khas untuk Bumiputra yang layak. Walaupun saham MITI sekarang ni tak sesedap zaman dulu kala dari segi kenaikkannya namun adalah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi kepada seluruh bani Bumiputra tentang peruntukkan saham ini dan bagaimana cara untuk memohonnya. Yang terbaru ada di portal ialah saham GDB HOLDINGS BHD. Jumlah saham tawaran: 71,875,000 Aktiviti syarikat: Kontraktor Pembinaan Pasar: ACE Bank penasihat: Alliance Investment Bank Bhd Tarikh permohonan di buka: 2/1/18 selasa jam 10 pagi. Tarikh tutup: 9/1/18 selasa jam 12.30 tgh hari Tarikh akhir penghantaran borang: 11/1/18 khamis jam 4.30 petang Harga indikatif : 0.38 Shariah status: Belum ada Tarikh penyenaraian: Belu

Prestasi IPO (Initial Public Offering)

Image
Memandangkan IPO Advancecon akan di senaraikan pada 10/7/17 (Isnin) dan Lotte Chemical pada 11/7/17 (Selasa) jom kita tengok fact sheet prestasi IPO (Initial Public Offering) dalam tempoh setahun Julai 2016 - Julai 2017. Analisis saya ; Ada 14 syarikat di senaraikan. 13 syarikat di senaraikan pada hari pertama memberi premium pada pelabur pada harga tutup. Hanya satu syarikat iaitu KIP REIT sahaja di tutup rendah dari harga tawaran. Hari tutup pertama setinggi 40% (PTRANS). Serendah 1.33% (SERBADK). Berdasarkan statistik di bawah. IPO yang bukan berasaskan REIT semua memberi keuntungan pada hari pertama penyenaraian. Kesimpulan: IPO boleh memberi keuntungan kepada pelabur. Jadi pelabur saham semua jangan lepaskan peluang untuk melanggan IPO baru di Bursa. Jika rancang untuk labur tempoh pendek. Jual pada hari pertama. Jadi saya menjangkakan IPO Advancecon dan Lotte akan memberi keuntungan pada para pelabur di hari pertama penyenaraian. Saya boleh ajar anda s

MEMOHON SAHAM IPO MITI

Image
MEMOHON SAHAM IPO MITI Langkah memohon secara ringkas : 1. Layari website  http://sahamonline.miti.gov.my/ 2. Untuk pelabur baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. 3. Selepas mendaftar, anda perlu login semula dan barulah anda boleh memohon saham IPO tersebut. 4. Selepas memohon secara online, anda perlu menghantar borang bercetak ke alamat pejabat MITI seperti yang tertera. Tips memohon : 1. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk ditunjukkan kepada pihak MITI supaya permohonan anda diluluskan. 2. Setelah menerima surat tawaran dari pihak MITI, anda tidak digalakkan menolak offer tersebut. Ini kerana pihak MITI akan merekod penolakan atau penerimaan anda dan akan dijadikan rujukan mereka pada masa depan. 3. Untuk memilih IPO yang berpotensi, sila post saya sebelum ni yang bertajuk "TIPS MEMILIH SAHAM IPO". Dan pelbagai lagi tips lain. Hasil semakan di website MITI buat masa ini belum ada kekosongan. Tetapi maklumat awal yang saya dapat, saham A