Edisi peluang pelaburan saham peruntukan MITI (LENGKAP) - GDB HOLDINGS BERHAD

Edisi peluang pelaburan saham peruntukan MITI (LENGKAP) - GDB HOLDINGS BERHAD
********************************************
(Mohon SHARE post ini untuk kongsi peluang sesama Bumiputra)
Tahukah anda MITI bukan sahaja kasi AP kereta recond? Tapi MITI juga ada peruntukan saham khas untuk Bumiputra yang layak.
Walaupun saham MITI sekarang ni tak sesedap zaman dulu kala dari segi kenaikkannya namun adalah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi kepada seluruh bani Bumiputra tentang peruntukkan saham ini dan bagaimana cara untuk memohonnya.
Yang terbaru ada di portal ialah saham GDB HOLDINGS BHD.
Jumlah saham tawaran: 71,875,000
Aktiviti syarikat: Kontraktor Pembinaan
Pasar: ACE
Bank penasihat: Alliance Investment Bank Bhd
Tarikh permohonan di buka: 2/1/18 selasa jam 10 pagi.
Tarikh tutup: 9/1/18 selasa jam 12.30 tgh hari
Tarikh akhir penghantaran borang: 11/1/18 khamis jam 4.30 petang
Harga indikatif : 0.38
Shariah status: Belum ada
Tarikh penyenaraian: Belum ada
Pendapat Remisier Jeffry: Langgan IPO ini
Cara memohon:
2. Untuk pelabur baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Isi maklumat yang diperlukan.
3. Selepas mendaftar, anda perlu login semula dan barulah anda boleh memohon saham IPO tersebut.
4. Selepas memohon secara online, anda perlu menghantar borang bercetak ke alamat pejabat MITI seperti yang tertera di gambar di bawah.
Tips memohon :
1. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk ditunjukkan kepada pihak MITI supaya permohonan anda diluluskan.
2. Pastikan dokumen seperti bank statement, penyata ASB dan penyata tabung haji di sahkan dengan cop pegawai beserta tarikh. Jangan lupa sertakan sekali salinan kad pengenalan dan salinan CDS akaun.
Jadi untuk memohon saham ini anda perlukan CDS akaun iaitu akaun saham. Saya adalah wakil peniaga saham bertauliah di Maybank yang boleh anda hubungi untuk buka akaun. Hubungi saya di 0149927074 untuk pembukaan akaun CDS.
Proses pemilihan saham oleh pihak MITI adalah muktamad. Saham akan di agihkan mengikut kelayakkan kewangan dan peruntukkan yang ada sama adil kata MITI.
Anda boleh lihat gambar untuk rujukan.
Senario permohonan:
Anda punyai simpanan dalam ASB sebanyak RM50,000. Jadi anda layak memohon:
50,000/0.38 = 131,578 kita bundarkan kepada ribu yang terdekat.
132,000 units.
Jadi selepas memohon katakan MITI beri peruntukkan kepada anda sebanyak 20,000 units. Anda berhak menerima kesemua tawaran, menerima sebahagian tawaran ataupun menolak tawaran tersebut. Selepas anda menerima tawaran anda di berikan tempoh masa untuk membuat bayaran kepada pihak bank penasihat. Bayaran biasanya dalam Bank Draft atau Rentas.
Langkah seterusnya tunggu hari penyenaraian di papan ACE. Saham akan di masukkan biasanya sehari sebelum penyenaraian ke dalam akaun CDS anda. Terpulang pada anda nak jual bila. Biasanya hari pertama harga naik kuat anda juallah untuk raih keuntungan. Dapatlah makan bersama dengan kawan-kawan yang dapat BRIM.
Saya harap penjelasan saya lengkap. Memanglah kerja memohonnya ada sedikit leceh dan peluang nak dapatkan saham tak banyak. Namun begitulah duit tak datang bergolek. Jika anda layak, anda berpeluang dapat saham ini. Daftar sekali sahaja. Selepas daftar anda hanya perlu sediakan dokumen sahaja dan hantar. Saya doakan anda berjaya dan raih keuntungan.
0149927074
JEFFRY AZIZI JAAFAR
Remisier Maybank Investment Bank Bangsar
----------------------------------------------------------------------
Perkhidmatan saya:
1. Pembukaan akaun saham percuma
2. Kelas strategi saham paling berbaloi
3. Khidmat nasihat pelaburan saham percuma
Hubungi 0149927074 untuk pertanyaan.










Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL