Anda berusia 30 tahun? Inilah berapa banyak yang anda perlu simpan untuk bersara sebagai Jutawan. Rakyat Malaysia umum ketahui dengan suka berbelanja tak kira dari segi makanan, pakaian, gajet, hobi, melancong, kenderaan dan pelbagai lagi. Saya pernah terbaca bahawa lebih 50% penduduk mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000. Memandang cadangan bahawa purata rakyat Malaysia yang hampir bersara perlu mempunyai sekitar RM1 juta dalam tabungan, ini adalah satu masalah yang kita perlu ambil perhatian. Tetapi ini bukan mustahil. Sejuta ringgit hanyalah nombor. Anda mungkin memerlukan lebih atau kurang daripada angka itu. Ia bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa. Itu masih tidak bermakna anda harus mengabaikan persaraan anda. Anda masih memerlukan pelan untuk bersara dan harus bermula awal. Ini akan menjadikan anda lebih mudah untuk mencapai matlamat sejuta ringgit itu. Terima kasih kepada keajaiban faedah kompound. Untuk mencapai matlamat ...