Krisis kewangan tahun 2008

Assalamualaikum dan selamat petang tuan-tuan dan puan-puan. Selamat beristirehat di hujung minggu. Tengah rileks-rileks layan TV tadi tiba-tiba saya teringat pasal cerita keruntuhan ekonomi 10 tahun yang lepas. Jom kita imbas sikit pasal cerita ni!
--------------------------------------------
Krisis kewangan tahun 2008 dah menghampiri 10 tahun. Ia bermula daripada isu gadai janji subprima perumahan di Amerika Syarikat yang bermula pada tahun 2007 dan membawa ke 2008.
Puncanya adalah terlalu banyak lambakan hutang mortgage perumahan yang tidak mampu dibayar. Bukan sahaja hutang rumah, tetapi hutang membeli saham secara kontra juga sangat berleluasa ketika itu. Ini menyebabkan bank pelaburan Lehman Brothers dan Merrill Lynch menjadi bankrap. Tetapi ia diselamatkan dengan tindakan bailout oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ya bailout ini adalah tindakan mana-mana kerajaan pun untuk menyelamatkan ekonomi negara masing-masing. Di Malaysia, kerajaan pernah bailout beberapa syarikat. MAS antaranya.
Syarikat penaja Manchester United iaitu syarikat insurans American International Group (AIG) juga hampir muflis tetapi telah disuntik data penyelamat oleh Bank Rizab Amerika.
Kesannya, harga saham merudum. Harga barang makanan seperti tepung meningkat naik! Nilai matawang jatuh dan bank-bank begitu sukar memberi pinjaman pasal terlalu banyak NPL. Penganalisis ekonomi menyamakan situasi ini seperti krisis matawang Asia yang melanda Malaysia pada 1998.
Yang menariknya terdapat senarai movie yang dibikin khas untuk menggambarkan situasi 2008 ini. Hebat kan idea-idea produser filem Mat Saleh ni.
1. Too Big to Fail - 2011
2. Inside Job - 2010
3. Capitalism : A Love Story - 2009
4. Wall Street : Money Never Sleeps - 2010
5. Margin Call - 2011
6. The Queen of Versailles - 2012

Post original di FB saya 19/11/2017







Comments

  1. Pada 28 Januari 2021, saya menonton Too Big To Fail. Sebagai orang awam yang tiada pengetahuan mengenai pasaran kewangan, agak sukar memahami cerita itu. Carian di Google menemukan saya dengan blog tuan.

    Rasanya bencana seumpama itu akan terus berulang lagi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL