INTRADAY SHORT SELLING

INTRADAY SHORT SELLING
======================
Ini adalah salah satu insentif baru kepada pelabur di Bursa Malaysia yang di umum Dato Najib pada World Capital Markets Symposium minggu lepas.
Sebelum ini intraday short selling hanya di benarkan kepada Prop Traders berlesen di Bursa sahaja. Peraturan ini di jangka akan di keluarkan oleh pihak SC dalam beberapa minggu.
Lain-lain insentif seperti waiver untuk duti setem untuk syarikat mid dan small cap untuk 3 tahun dan 6 bulan tanpa fee clearing bursa di jangka bermula awal bulan March depan.
BOLEHKAH ANDA MEMPEROLEH KEUNTUNGAN DENGAN SHORT SELL DALAM INTRADAY TRADING?
Ya, anda boleh apabila pasaran berada dalam trend harian menurun tanpa gap.
Short sell atau jual singkat adalah mekanisme urus niaga pertukaran di mana anda menjual stok yang tidak anda miliki. Stok itu anda meminjam sebenarnya dari Bursa, dan perlu dipulangkan semula. Jika peraturannya intraday anda mestilah beli balik jualan tadi sebelum pasaran tutup pukul 5 petang. Jika tidak pasti anda akan dikenakan penalti.
Perdagangan Intraday: Di dalam urus niaga intraday, trader akan menerima faedah kedua-dua trend menaik serta menurun jika perkara ini di laksanakan. Dinamik market.
Jika trend itu menaik, anda akan membeli stok pada harga rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi, manakala arah aliran menurun anda akan menjual stok pada harga yang lebih tinggi kemudian untuk anda akan membelinya pada harga yang lebih rendah.
Misalnya, saham ABC buka pada 1.00 dan selepas beberapa jam harga saham turun kepada 0.97 sen.
Jika anda membeli pada 1.00 maka anda berada pada posisi kerugian. Manakala jika anda menjual pada 1.00 dan membelinya pada 0.97 perbezaannya akan menjadi keuntungan anda.
Hukum shariah intraday short selling masih belum ada penerangan yang khusus dari majlis shariah SC. Kita nantikan.
Saya akan merangka beberapa strategi untuk intraday short selling ini apabila peraturannya nanti di keluarkan oleh pihak SC dan Bursa. Kepada klien dan peserta kelas strategi saham saya, anda akan mendapatnya secara exclusive.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
----------------------------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Kelas strategi saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda.
P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 10/2/2018



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL