T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA
------------------------------------------------------------------
Apakah itu T4?
T4 merujuk kepada hari ke 5 dalam pembelian stok anda dan anda tidak membuat pembayaran kontrak (settlement) pada T3 lebih tepat lagi pada undang-undang Bursa sebelum pukul 12.30. Selalunya pihak broker akan terus tolak duit kontrak anda dalam akaun trust anda. Jika duit tidak cukup dalam akaun trust anda perlu menambahnya. Ini berlaku pada hari ke 4 pembelian kerana T day adalah hari pembelian. Jadi di sebabkan anda tidak membuat pembayaran, pada hari ke 5 atau T4 ini pihak broker berhak menjual saham anda pada pukul berapa mereka berkehendak dan pada apa harga sekali pun. Kiraan hari ini tidak termasuk pada hari cuti umum termasuk sabtu dan ahad. Jika anda nak bayar stok anda pada T4 ini atas budi bicara broker (patut tak boleh). Namun jangan amalkan perangai ini kerana menyusahkan mereka.
Jumlah settlement belian =
Value stok + brokerage fee (+gst) + clearing fee (+gst) + stamp duty.
Stok ini akan masuk dalam CDS anda pada T+3.
Adakah teori T4 ini termasuk dalam strategi pembelian saham?
Ya, ini teori lama dalam pembelian saham namun masih boleh di guna pakai. Dalam teori ini traders mengandaikan akan berlaku penurun harga pada tempoh T1-T4.
Rujuk kepada gambarajah di bawah.
Saya akan terangkan strategi simple ini secara percuma di sini.
1. T day atau T0 adalah hari pertama sesuatu stok di mana Volumenya mencanak-canak dan di ikuti dengan kenaikkan harga menjakaui kenaikkan lebih 3% dari harga tutup sebelumnya atau candlenya tutup dengan body penuh. Selalunya kenaikkan sebegini akan menarik minat pelabur runcit untuk membuat untung jangka masa pendek dan spekulasi dengan menjangkakan harga saham akan terus naik pada keesokkan harinya.
2. Jadi jika keesokkan hari nya jika harga terus naik dan pedagang yang membeli pada T0 akan memperoleh keuntungan. Namun selalu juga terjadi pada T1, T2 dan T3 harga saham akan jatuh sedikit daripada harga T0. Ini di ikuti dengan volumenya berkurangan secara perlahan-lahan.
3. Ini dalam pattern Ilmu teknikal analisis akan membentuk box kecil atau pattern flag atau pennant.
4. Jadi pada trader yang menunggu untuk harga membuat pembetulan sebegini akan mengambil peluang untuk membeli saham tersebut pada T1, T2 dan T3 untuk bersedia harga akan mencanak kembali dalam beberapa hari mendatang.
5. Strategi T4 ini akan di guna pakai pada hari ke lima ini bila mana harga pada T1, T2 dan T3 hanya mendatar sahaja atau berlaku sedikit penurunan. Para trader akan menjangkakan harga akan lebih jatuh pada T4 ini kerana trader yang membeli pada T0 tidak membayar kontrak mereka dan pihak broker akan menjual saham ini pada apa harga sahaja terutama sebelum pukul 4.30 paea T4.
6. Cadangan saya ambil harga buka pada T0 sebagai harga sokongan. Jika harga turun dan tutup bawah pada harga T0 anda hendaklah cut loss.
7. Ambil peluang untuk membeli saham pada harga murah di hari T4, kalau takut kaunter terus jalan boleh saja beli pada hari T1, T2, T3 dan tunggu.
FB: JEFFRY AZIZI JAAFAR
8. Jika harga naik mencanak pada hari seterusnya pada T5, T6 mahupun T seterusnya anda juallah apa lagi kerana mendapat untung jangka pendek.
Like & share jika strategi simple ini boleh bantu anda buit duit!
Copy saja cara lama ini dan pass semua pada traders.
----------------------------------------------
SERTAI SEMINAR JOM BELAJAR SAHAM (JBS) UNTUK PELBAGAI LAGI STRATEGI SAHAM YANG PADU SABTU NI 5 OGOS 2017
Hubungi saya di 014-9927074

Post original di FB saya 3/8/2017



Comments

Popular posts from this blog

TREASURY STOCK

MARGIN CALL