BAGAIMANA NAK PILIH STOK UNTUK DAY TRADING/FAST TRADING

BAGAIMANA NAK PILIH STOK UNTUK DAY TRADING/FAST TRADING
===============================
Intraday/day trading adalah teknik dagangan di mana seorang trader membeli dan menjual stok sekali atau beberapa kali dalam sehari, untuk mengeksploitasi volatility dalam harga stok.
Dewasa ini semua broker ada online trading, perdagangan harian boleh dilakukan dari mana-mana sahaja dengan hanya perlukan laptop/smartphone dan talian internet.
Walau bagaimanapun, intraday/day trading adalah strategi pelaburan yang sangat berisiko jika tidak tahu caranya dan tiada sokongan dari rakan lain yang dapat mengesan kelajuan volume dan perubahan harga.
Kecairan dan Volatility yang tinggi di perlukan;
-------------------------------------------------------------------------
Kecairan dalam pasaran saham, merujuk kepada tahap dimana harga stok terjejas oleh dagangannya. Stok yang lebih cair semakin mudah diperdagangkan secara harian;
Jika anda perasan stok jenis ini cenderung lebih banyak didiskaunkan jika market bersentimen negatif dan berada tahap premium pada sentimen market positif. Jika dia rebound, stok jenis ini paling banyak naik.
Di samping itu, saham yang ditawarkan oleh syarikat dengan market capital yang lebih tinggi seringkali lebih cair daripada syarikat dengan market cap lebih rendah, kerana lebih mudah untuk mencari pembeli dan penjual untuk saham. (Rujuk kepada shares issued x price)
Stok yang terlibat pada sentimen lokal/global lebih bervolatility. Stok yang sebegini intraday traders/fast trader amat suka kerana terdapat ruang untuk pasaran mencari harga fair yang sesuai. Contohnya sentimen pilihanraya, bajet, perang, kenaikkan harga komoditi dan lain-lain.
High Volume
============
Jumlah volume yang diperdagangkan adalah ukuran berapa kali ia dibeli dan dijual dalam tempoh masa tertentu. Tempoh masa ini biasanya dalam masa dagangan harian.
Jumlah banyak menunjukkan minat dalam stok, sama ada minat itu bersifat positif atau negatif.
Sering kali, peningkatan dalam jumlah dagangan yang didagangkan dalam stok adalah indikator pergerakan harga yang akan berlaku.
Jadinya sebab pasaran kita sehala dan ke atas sahaja, fast traders perlu pandai mengukur volume tinggi tersebut merujuk kepada kenaikkan positif atau penurunan negatif.
TIPS DAN NASIHAT;
Intraday trading/fast trading adalah strategi pelaburan yang sangat berisiko tetapi juga sangat menguntungkan.
Pembolehubah seperti kecairan, volatility, volume dagangan dan keadaan perindustrian yang berubah-ubah, adalah faktor penyumbang dalam menentukan stok apa yang terbaik untuk day trading.
Kepada traders baru anda perlukan satu grup sokongan yang terbaik dan aktif untuk memberikan 'ALERT' kepada stok yang baru nak bergerak. Sebab apa, stok ini bergerak tak tentu masa seperti pukul 10.23 pagi, 12.26 tgh hari, 3.38 petang. Melainkan mata anda setajam mata helang anda boleh bersendirian membuat fast trades.
Trading bersama saya ini antara kelebihan yang anda akan dapat iaitu grup support yang memberikan alert secara LIVE. Jadi anda boleh bekerja seperti biasa sambil-sambil jeling grup wasap untuk membuat entry dan exit. Lihat screen shot di bawah antara alert yang saya dan kawan-kawan di grup berikan hari ini.
Trade alert hari ini di grup:
Kretam, Huaan, Hibiscs, Cuscapi, Ucrest, T7
Untuk menyertai grup wasap LIVE trade saya anda boleh hadir Kelas Strategi Saham saya yang terdekat esok Khamis, 15/2/18.
Wasap 0149927074 untuk mendaftar.
LIKE & SHARE
Jeffry Azizi Jaafar
Remisier Maybank Investment Bank Bangsar

Post original di FB saya 14/2/2018






Comments

  1. Maaf bertanya... kalau kita tak selesa dgn remisier yg kita dpt, kita boleh tukar remisier tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar acc cds yg lain

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL