MARGIN CALL
MARGIN CALL
============
============
Apakah Margin Call dalam saham dan apa yang berlaku jika anda mendapat panggilan ini?
Apabila Broker anda membuat Margin Call, ini bermakna posisi saham anda dalam keadaan bermasalah dan harganya pasti kebawah kerana dalam pasaran Bursa Malaysia sekarang ini hanya boleh membuat untung dengan Buy Up.
Sebelum itu apakah itu Akaun Margin?
Secara mudahnya akaun margin adalah satu fasiliti akaun dalam pelaburan saham di mana anda boleh mendapat "leverage" atau penggandaan daripada modal anda.
Contoh jika anda mempunyai dana Rm10,000 anda di benarkan untuk membeli saham sehingga nilai Rm15,000 atau Rm20,000 bergantung kepada pakej broker.
Contoh jika anda mempunyai dana Rm10,000 anda di benarkan untuk membeli saham sehingga nilai Rm15,000 atau Rm20,000 bergantung kepada pakej broker.
Ini bukan trading limit lebihan yang anda kena selesaikan pada T3, akaun ini anda boleh pegang saham sehingga berapa lama yang anda mahu. Anda hanya perlu membayar interest seperti pinjaman bank dalam rate yang di tentukan (biasanya dalam 7 ke 9 % setahun).
Apabila anda membuka akaun margin dengan broker saham anda, broker akan menceritakan risiko yang anda perlu tahu dengan penggunaan akaun ini seperti margin call.
Margin call berlaku apabila ekuiti yang diperlukan relatif terhadap hutang dalam akaun anda telah jatuh di bawah had tertentu. Contohnya dalam percentage sesuatu acc setiap bank ada had harga di mana jika harga saham jatuh pada harga tertentu anda perlu membetulkan akaun anda.
Broker akan menuntut pembetulan segera, sama ada dengan mendeposit dana, menjual sedikit pegangan atau membuat tambahan saham dengan nilai baru untuk membetulkan ratio acc anda. Biasanya tempoh untuk pembetulan akaun dalam 2 ke 3 hari sahaja.
Jika anda tidak dapat membuat tambahan modal dan tidak dapat memenuhi tuntutan broker dalam masa yang di tetapkan broker akan menjual saham anda.
Jika anda membuat semakan dalam top 30 shareholdings dalam sesuatu syarikat anda ternampak senarai nama seperti;
1. Maybank - (Azizi) Nama shareholder
Ini bermaksud Azizi menggunakan fasiliti margin untuk membuat pegangan saham dalam syarikat tersebut.
Tips; Akaun margin ini boleh menjadi senjata atau racun dalam pelaburan saham.
Kepada pelabur baru di nasihatkan jangan menggunakan fasiliti ini.
Kepada pelabur baru di nasihatkan jangan menggunakan fasiliti ini.
Short term traders menggunakan fasiliti ini untuk memegang kaunter yang memerlukan sedikit holding power untuk melepaskan T4 period, atau tempoh T10 kerana kebanyakkan cara lama player memegang posisi sehingga T4 dan selepas dari itu stok pun terbang. Itu cara mereka. Jika stok tak terbang dalam tempoh 10 ke 15 hari mereka akan membuat switching.
Untuk mengelakkan Margin Call ini anda boleh;
1. Membuka akaun cash yang biasa dan gunakan modal apa yang ada.
2. Atau pun jika ada acc margin pastikan jangan gunakan keseluruhan lebihan margin limit untuk buffering.
3. Jangan pegang stok terlalu lama sehingga berbulan.
Jika gunakan acc margin untuk beli saham IPO, clearkan posisi anda seawal mungkin.
Tetapi dalam konteks trading pasaran hadapan (futures) atau forex margin call ini ada kerana leveragenya yang besar dan modal traders yang kecil untuk pedagang runcit.
Kelas Strategi Saham seterusnya pada Khamis, 15/2/18. Wasap 0149927074 untuk mendaftar.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
--------------------------------------------------------------
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
--------------------------------------------------------------
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda.
P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.
Post original di FB saya 8/2/2018
Comments
Post a Comment