Bersara sebagai Jutawan

Anda berusia 30 tahun? Inilah berapa banyak yang anda perlu simpan untuk bersara sebagai Jutawan.
Rakyat Malaysia umum ketahui dengan suka berbelanja tak kira dari segi makanan, pakaian, gajet, hobi, melancong, kenderaan dan pelbagai lagi. Saya pernah terbaca bahawa lebih 50% penduduk mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000.
Memandang cadangan bahawa purata rakyat Malaysia yang hampir bersara perlu mempunyai sekitar RM1 juta dalam tabungan, ini adalah satu masalah yang kita perlu ambil perhatian.
Tetapi ini bukan mustahil. Sejuta ringgit hanyalah nombor. Anda mungkin memerlukan lebih atau kurang daripada angka itu. Ia bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa.
Itu masih tidak bermakna anda harus mengabaikan persaraan anda. Anda masih memerlukan pelan untuk bersara dan harus bermula awal. Ini akan menjadikan anda lebih mudah untuk mencapai matlamat sejuta ringgit itu. Terima kasih kepada keajaiban faedah kompound.
Untuk mencapai matlamat ini, inilah yang perlu anda simpan.
Berapa banyak yang anda perlukan ketepikan setiap hari, bulan dan tahun supaya RM1 juta dapat disimpan pada usia anda 67.
4% pulangan tahunan (saya berpendapat ini yang paling realistik untuk umum):
RM 33 setiap hari
RM 982 sebulan
RM 11,769 setahun
Pulangan tahunan 6% : (Potensi pelaburan di KWSP dan Tabung Haji)
RM 21 setiap hari
RM 610 sebulan
RM 7,413 setahun
8% pulangan tahunan (Potensi pelaburan di ASB):
RM 12 setiap hari
RM 366 sebulan
RM 4,552 setahun
Pulangan tahunan 10%:
RM 7 setiap hari
RM 213 sebulan
RM 2,755 setahun
Secara keseluruhannya, seorang yang berusia 30 tahun harus simpan seperti di bawah jika mereka berpendapatan:
RM 40,000: 18.3 peratus daripada setiap gaji
RM 60,000: 12.2 peratus daripada setiap gaji
RM 80,000: 9.2 peratus daripada setiap gaji
RM 100,000: 7.3 peratus daripada setiap gaji
RM 120,000: 6.1 peratus daripada setiap gaji
Saya biasanya melihat orang yang berpendapatan lebih banyak dalam gaji mereka memperuntukkan kurang untuk simpanan. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka ini memerlukan lebih daripada orang biasa untuk bersara.
Jika anda memperoleh RM 100,000 ++ setahun, saya membayangkan bahawa anda memerlukan lebih daripada RM 1,000,000 untuk bersara untuk mengekalkan gaya hidup yang sama seperti dahulu.
Pada saya orang berpendapatan RM 100,000 ++ setahun harus kekalkan simpanan pada 15% dari jumlah pendapatan setiap bulan.
Letakkan Wang Anda Bekerja:
Saya susun daripada risiko paling rendah ke tinggi dalam instrumen pelaburan yang mempunyai kecairan dan umum di Malaysia.
1. Simpanan tetap (FD): Pulangan sekitar 2 ke 4% setahun bergantung pada institusi pelaburan.
2. EPF: Sekitar 5%
3. Tabung Haji: Sekitar 5.5%
6. Bon kerajaan: Kupon sekitar 3-6%
7. ASB: Sekitar 7-8%
8. Koperasi: Sekitar 10%++
9. Unit Amanah: Sekitar 8 - 18% (bergantung kepada prestasi dana)
10. Emas dan lain-lain metal berharga: Turun naik bergantung kepada harga komoditi.
11. IPO: 5-400%, bergantung kepada syarikat
12. Saham berdividen: 3-8% tidak termasuk capital gain
13. Dana Indeks (ETF): 6-15%
14. Saham: 10-100% bergantung kepada prestasi syarikat
15. Pasaran hadapan (futures): 10-100% Spekulasi
16. Pasaran matawang: Spekulasi
17. Pasaran kripto: Spekulasi
18. ICO: Spekulasi
19. Option: Leverage/spekulasi
20. CFD: Leverage/spekulasi
Saya juga mencadangkan anda untuk mencari cara untuk memulakan pendapatan secara pasif. Mempunyai pelbagai aliran pendapatan adalah kaedah untuk meningkatkan peluang anda menjadi jutawan.
Bersara sebagai seorang jutawan hanya memerlukan pelan tindakan dan disiplin untuk mengikutinya.
0149927074
JEFFRY AZIZI JAAFAR
Remisier Maybank Investment Bank Bangsar
LIKE & SHARE artikel ini untuk manfaat bersama dan rujukan anda.
**********************************************
Perkhidmatan saya:
1. Pembukaan akaun saham
2. Coaching strategi saham (terdekat selasa depan 28/11/17)
3. Khidmat nasihat pelaburan saham percuma
Hubungi saya 0149927074 untuk pertanyaan.

Post original di FB saya 26/11/2017



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL