SCAMMER

Salam sabtu. Selamat beristirehat. Maaf hari ni PM atau wasap saya balas lewat sikit kerana ada kelas saham hari ni.
Sebelum itu jom kita tengok apakah petanda jika sesuatu Organisasi atau Broker atau apa jua Vehicle itu adalah sesuatu yang SCAM. Perkara ini saya pernah kongsikan dalam rancangan TV 9/11 tempoh hari.
------------------------------------------------------------------------
Kebiasaannya SCAM ini akan mempunyai ciri-ciri di bawah;
1. Jaminan pendapatan MINGGUAN
2. Jaminan pendapatan BULANAN
3. Jaminan MODAL
4. Pairing Binary
5. Modal dan Untung Locked In
6. Fees yang besar jika keluarkan modal
7. Top management yang tidak di kenali dan tidak mudah di akses
8. Selalu berubah polisi atas sebab yang tidak munasabah
9. Syarikat baru dan pejabat baru yang tidak lengkap
10. Komisen anda akan dapat melalui pengenalan terhadap orang baru. (No bona fide trading)
11. Produk dan servis yang OVERPRICED dari harga pasaran.
12. Website syarikat baru dan tiada review produk di internet.
13. Promosi yang terlalu HYPE dan poyo
14. Menunjuk REWARD sahaja tanpa bercerita tentang RISK
15. MENGAMBIL MODAL ANDA DAN TIDAK MENDAFTARKAN ATAS NAMA ANDA
Saya harap dengan sedikit TIPS ini dapat menghindarkan anda dari tertipu oleh skim dan scammers.
SHARE tips ini di wall anda supaya semua sanak saudara dan kawan-kawan anda terselamat dari di tipu. Ya, mungkin kita rasa kita tak akan terjebak, tetapi kita tak tahu orang terdekat dengan kita. Mungkin perkongsian anda dapat menyelamatkan mereka. SHARE.
Ps: Mungkin kalau ramai yang minat dengan lebih 100 shares saya akan kongsikan video rancangan ini.
********************************************
0149927074
JEFFRY AZIZI JAAFAR
Remisier Maybank Investment Bank Bangsar
Perkhidmatan saya;
1. Pembukaan akaun CDS dan trading saham
2. Coaching strategi saham
3. Khidmat nasihat pelaburan saham percuma

Post original di FB saya 25/11/2017





Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL