Pasaran Bursa Malaysia selepas kejatuhan DJ 666 pts

Pasaran Bursa Malaysia selepas kejatuhan DJ 666 pts
=================================
Umum pelabur mengetahui apabila DJ membuat kejatuhan besar pastinya pasaran serantau membuat kejatuhan bersama. Perkara ini kita dapat lihat dari harga buka Nikkei yang gap down, sehingga ke pasaran Bursa kita.
Tetapi jika DJ membuat kenaikkan belum tentu Bursa follow kan? ðŸ˜„
Seperti selalu pelabur yang pertama kali melalui situasi ini pada awal pagi tadi seperti ada rama-rama berada dalam perut tak tau apa nak buat, lantas membuat panik selling di awal pagi membuat kebanyakkan kaunter ada gap harga jatuh dari harga jumaat. Tidak mengapa tindakan anda itu betul kerana kita tidak tahu apa pasaran nak buat selepas itu. Tetapi selepas 10 minit tiada lagi tekanan jualan harga kembali stabil ke atas. Namun ini tidak bermakna esok harga akan terus ke atas.
Apa nak buat bila berlaku sell off dan pasaran bervolatile sebegini?
Kepada pelabur fast trade/intraday:
1. Carian harga sokongan dalam carta 15/30 minit amat penting.
2. Placing buy pada harga sokongan, jangan agresif makan harga seller. Tunggu sahaja, jika terlepas tak apa.
3. Keluar posisi lebih awal, katakan anda selalu nett off pukul 4.40 petang, minggu ni nett off pukul 4.15 petang.
4. Pilihan kaunter mestilah kaunter uptrend dan yang buyer aggresif masuk apabila harga drop seperti Huaan, Ucrest, T7Global dan lain-lain.
5. Kekalkan saiz position dan ikut trading plan.
Pada waktu begini kita akan selalu monitor pasaran hadapan US dan index VIX. Pelabur haruslah lebih berhati-hati jika indeks VIX melebihi angka 20.
Kepada pelabur yang ingin mempelajari lebih dalam selok belok dagangan jangka pendek di Bursa boleh hubungi 0149927074.
Kelas terdekat pada Khamis ini, 8/2/18.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
--------------------------------------------------------------------
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang.
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 5/2/2018


Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL