SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ETF

SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ETF
===========================
*Kongsikan posting ini supaya rakyat Malaysia tahu apa itu pelaburan ETF.
Hari ni adalah tarikh tutup akhir untuk memohon Myetf Dow Jones US Titans 50 di platform Maybank2u. Harga 3.99 seunit. Jika anda ingin membeli boleh beli sebelum pukul 5.00 petang ini.
Di bawah saya ada salin soalan lazim berkenaan ETF di website Bursa Malaysia. Anda boleh baca untuk kefahaman anda.
Apakah ETF?
Dana Dagangan Bursa atau ETF ialah dana atau amanah jejakan terbuka yang disenaraikan atau didagangkan pada waktu sebenar dalam bursa saham. ETF adalah sekuriti yang menjejaki indeks, komoditi atau sekumpulan aset seperti tabung pelaburan terbuka, tetapi didagangkan dalam bursa seperti saham. Memandangkan ETF dibeli dan dijual dalam pasaran seperti saham, ETF diberikan harga dan didagangkan sepanjang hari. Kesimpulannya, ETF menggabungkan ciri-ciri dana terbuka dan saham.
Apakah suatu indeks?
Indeks terdiri daripada sekumpulan sekuriti (contohnya; bon, komoditi, ekuiti) yang menunjukkan pergerakan atau perubahan dalam pasaran sekuriti tertentu.
Apakah kelebihan ETF?
ETF menggabungkan manfaat saham, unit amanah dan dana indeks kerana mereka berkongsi ciri-ciri yang sama:
1. Mudah dipelbagaikan - memiliki sekumpulan sekuriti contohnya; satu pasaran, Negara atau wilayah dengan satu dagangan.
2. Fleksibiliti - membeli dan menjual pada waktu dagangan sama seperti saham.
3. Kos rendah - yuran pengurusan yang rendah dan tiada yuran awal.
4. Telus - pelabur tahu apa yang dibeli kerana sekuriti pendasar didedahkan. Harga boleh didapati pada waktu sebenar sepanjang hari dagangan.
5. Kecairan - Pelabur boleh menebus unit dengan mudah dan mendapatkan tunai menjelang hari ketiga pasaran selepas tarikh dagangan (T+3).
6. Boleh Mampu - Dengan sedikit wang, anda boleh melabur dalam pelaburan sekuriti yang anda inginkan.
Bagaimana melabur dan dimana boleh membeli ETF?
Sama seperti dagangan saham, anda perlu mempunyai akaun Sistem Pendepositan Pusat (CDS) dan akaun dagangan yang diuruskan dengan seorang broker. Anda boleh membeli atau menjual ETF melalui broker, remisier atau menerusi dagangan dalam talian pada waktu dagangan.
Apakah yang perlu bayar apabila beli dan jual ETF?
Seperti membeli dan menjual saham, pelabur perlu membayar komisyen broker, duti setem, yuran pelunasan dan GST, di mana perlu.
Apakah yang menentukan harga ETF?
Harga pasaran ETF biasanya hampir kepada Nilai Aset Bersih (NAV) dana itu contohnya, nilai pasaran saham pendasar dan mana-mana pendapatan bersih yang tidak diagihkan.
Bagaimanapun, harga ETF boleh tertakluk kepada permintaan dan bekalan dalam pasaran.
Adakah ETF membayar dividen?
Kebanyakan ETF membayar dividen kepada pemegang dana mereka sama ada setiap setengah tahun atau setiap tahun. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada polisi agihan dalam prospektus atau dokumen penawaran ETF itu.
Bagaimana transaksi ETF diselesaikan?
Sama seperti urusniaga saham iaitu tidak lebih daripada tiga hari pasaran selepas tarikh transaksi (T+3).
Adakah terdapat risiko?
Ya, melabur dalam ETF, sama seperti pelaburan saham, tertakluk kepada turun naik pasaran. Prestasi ETF mungkin terkesan secara langsung oleh prestasi saham atau bon komponennya.
Apa perlu buat sebelum melabur dalam ETF?
Anda dinasihatkan untuk mengambil tahu tentang perkara berikut sebelum melabur:
1. Objektif dan strategi pelaburan ETF
2. Maklumat tentang indeks yang dijejak oleh ETF
3. Polisi dividen
4. Yuran dan caj yang akan dikenakan kepada pelabur
5. Sumber maklumat dagangan ETF itu
6. Maklumat tentang syarikat pengurusannya
Apakah petunjuk nilai portfolio optimum (iopv) bagi ETF?
IOPV atau Nilai Aset Bersih Harian (iNAV) adalah nilai yang disasarkan untuk menganggar nilai sekuriti yang dipegang portfolio itu oleh pengurus dana ETF dan harus mewakilkan nilai terhampir saham itu sepanjang hari.
Bursa Malaysia, sebagai bursa penyenaraian utama ETF, akan mengagihkan nilai IOPV bagi setiap ekuiti tersenarai asas ETF sepanjang hari dagangan. Bagi ETF yang disenaraikan pelbagai, IOPV ETF itu boleh didapati pada laman web pengurus dana.
Apakah pulangan untuk melabur dalam ETF?
Pelaburan dalam ETF berkemungkinan mendapat dua jenis pulangan:
1. Pendapatan Modal
Pelabur boleh berdagang ETF seperti saham dengan membelinya pada harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi untuk mendapat keuntungan.
2. Dividen
Pengurus dana biasanya menerima dividen daripada sekuriti yang termasuk di dalam kumpulan ETF. Dividen akan biasanya diagihkan kepada pemegang unit ETF selepas ditolak yuran pengurusan.
Adakah ETF mempunyai prospektus?
Ya. Prospektus adalah satu dokumen penting yang perlu dibaca oleh bakal pelabur sebelum melabur. Prospektus itu menerangkan maklumat penting, seperti objektif dana, latar belakang pengurus dana, yuran pengurusan serta risiko pelaburannya.
Bagaimana harga pasaran ETF di tentukan?
Terdapat dua jenis harga bagi satu-satu ETF:
1. Harga dagangan adalah harga bidaan dan pertanyaan yang terpapar pada skrin dagangan. Harga dagangan ETF ditentukan oleh permintaan dan bekalan dalam pasaran. Anda boleh melihat harga lewat ETF di sini.
2. Nilai asset bersih (NAV) satu ETF adalah jumlah asetnya selepas ditolak liability. Biasanya, NAV ETF dikira oleh pengurus dana ETF dan akan dipaparkan di sini (sila pautkan kepada laman pengumuman syarikat).
Sebagai tambahan, IOPV (sila pautkan kepada laman FAQ-IOPV) atau penanda NAV (juga dikenali sebagai iNAV) untuk ETF dengan saham pendasar tersenarai di Bursa Malaysia sentiasa dikira pada waktu dagangan.
Apakah peranan penentu pasaran? (Market maker)
Kebanyakan ETF mempunyai Penentu Pasaran Terlantik untuk memberikan harga bidaan/pertanyaan untuk memastikan pelabur boleh masuk dan keluar daripada pasaran sepanjang hari.
LIKE & SHARE untuk rujukan anda di masa hadapan
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar
Remisier Maybank Investment Bangsar


Post original di FB saya 9.2/2018




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL