5 SIGNAL UNTUK KITA LIHAT BAHAWA SELL OFF DI PASARAN US/BURSA SUDAH HAMPIR BERAKHIR

5 SIGNAL UNTUK KITA LIHAT BAHAWA SELL OFF DI PASARAN US/BURSA SUDAH HAMPIR BERAKHIR
=================================
Para pelabur umumnya tahu bahawa pasaran global akan mengikut apa yang berlaku di pasaran Amerika. Uniknya di Bursa apabila pasar US naik, pasar Bursa perlahan mendaki tapi bila pasar US turun pasar di Bursa kemain dia punya ikut.
Berikut beberapa isyarat yang kita boleh lihat bagaimana kejatuhan di pasar US sudah hampir berakhir. Cara ini juga boleh di guna pakai di pasar Bursa.
1. SEMAKIN SIKIT NEW LOWS: Indeks saham utama Wall Street naik lebih daripada 1 peratus pada hari Jumaat, memberikan para pelabur beberapa kelegaan setelah seminggu perubahan besar yang menggegarkan pasar global.
Apa yang kita mahu lihat adalah pembelian yang kuat dan kebanyakkan stok mesti tutup harganya lebih tinggi daripada purata harga minggu lepas.
2. STOK YANG REBOUND LUAR BIASA: Pastinya akan ada stok yang membuat rebound luar biasa kekadang sampai membuat new high di kala pasaran mencari arah. Apabila berlaku rebound luar biasa para fund manager tahu belum masanya untuk membuat penjualan besar-besaran.
3. VIX INDEX: Pengukur ketakutan pasaran, Indeks Volatiliti CBOE. VIX, yang dikenali sebagai VIX, telah menaik pada kebelakangan ini dan awal minggu lalu mencecah paras tertinggi sejak Ogos 2015.
Index VIX ni yang normalnya duduk pada paras bawah 20. Lagi cantik dia berada pada para 10 ke 15. Jumaat lepas index ini di tutup pada 26. (S&P 500 VIX)
4. HUBUNGAN KEPADA BOND: Peningkatan yield bon telah dilihat sebagai katalis kepada penjualan besar-besaran ini. Jadi jika anda melihat yield bon mula menurun pada minggu ini, itu adalah petanda baik bahawa pasaran saham akan semakin pulih.
5. PEMBELIAN PANIC DI KOMODITI GOLD: Jika dilihat hubungan intermarket analisis, apabila berlaku market crash harga Gold akan naik mencanak namun masih tiada tanda yang jitu atas kenaikkan harga Gold. Gold masih tenang duduk pada harga sekitar 1320 usd. Nampaknya pelabur masih dalam mood tunggu dan lihat.
Kepada yang ingin mempelajari strategi trading saham jangka pendek kelas terdekat pada Khamis ini, 15/2/18.
Wasap 0149927074 untuk mendaftar.
LIKE & SHARE
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
----------------------------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Kelas strategi saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda.
P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 12/2/2018




Comments

  1. Ada signal ke untuk kita tahu ada big 'shark' masuk pasaran?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL