PUTUS CINTA LAMA, HADIR CINTA BARU

PUTUS CINTA LAMA, HADIR CINTA BARU
==================================
Berakhirnya kisah HUAAN, CUSCAPI, UCREST, DNEX, O & G stok dan beberapa lagi trading stok era sepurnama lepas ke belakang mendatangi pula EASTLAND, PICORP, BAHVEST, TFP, YKGI, IRETEX, LEESK, ASDION dan beberapa lagi.
Ini adalah kitaran trading stok kategori small cap dan penny stok yang selalunya bawah RM1.
Benda atau cycle yang sama juga pada trading stok jajaran RM1 ke RM10. Kitaran yang sama cuma harga berbeza.
Jika anda bercita-cita ingin menjadi profitable trader, list of trading stok ini anda perlu update sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jadinya anda perlu ada lebih dari satu favourite list of stok.
Contoh nama folder favourite ;
1. Now trending
2. Dah suam-suam kuku
3. Geng timbang kati
4. Teknologi power
5. Chip Biru
dan macam-macam lagi...
Bukannya bermaksud berkahirnya kitaran stok tu anda putus bercerai terus, tetapi anda buatkan satu list favourite khas kerana bila mana seller dah exhausted, stok ini akan kembali sideways dan menunggu masa untuk ke atas semula. Waktu ini anda sudah bersedia dengan setup dan alert terhadap kaunter-kaunter tersebut.
Kepada pelabur baru di luar sana yang ingin menceburi pelaburan saham, langkahnya untuk bermula tidak sukar.
1. Buka akaun saham di broker pilihan anda mengikut servis level yang anda suka.
2. Deposit modal pelaburan
3. Membuat pemilihan stok, ikut selera risiko dan ganjaran.
4. Membuat transaksi belian dan jualan.
5. Jika ada pulangan boleh labur semula atau di keluarkan dari akaun pelaburan.
Wahai bani melayu yang mudah terpengaruh dengan marketing hype di FB dan media sosial janganlah kamu ada modal nak labur 2, 3 ribu tapi pegi kelas nak pandai saham rege 4, 5 ribu ramai2, himpit2 nampak cikgu yang ajar kecik je kat depan tu. Pastu balik rumah acah-acah dah pandai. Tapi orang tanya balik nak jawab pun tak tahu.
Tahukah kamu tanpa pergi kelas HYPE ribu riban dan ramai-ramai tu sebenarnya terlalu banyak bahan percuma di internet dan media sosial ini? Paling tidak pun jika anda bertanya teknik pelaburan kepada orang yang anda buka akaun pun dia akan bantu anda dengan percuma.
Ini pesanan kali ke berapa ntah kerana setiap kali saya memesan di sini pasti ada yang mengadu rasa terugi pergi kelas 4, 5 ribu, baik beli saham katanya modal tu. Kena pukau di minda separa sedar katanya tu yang terdaftar... hehehe...
Apapun jom layan carta Hero Hero kita yang pergi meninggalkan kita. Entah bila nak kembali. Siapa yang tiada tindakan untuk melepaskan, mohon bersabar.
LIKE & SHARE
Yang berminat hadir kelas strategi saham murahan, esok khamis, 15/3/18 ada di Bangsar.
Wasap 0149927074 untuk mendaftar.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
---------------------------------------------------------------
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda dan pembukaan akaun saham di Maybank.
P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 14.3.2018




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL