APA NAK BUAT BILA MARKET BERGERAK PERLAHAN SEPERTI PAGI NI?

APA NAK BUAT BILA MARKET BERGERAK PERLAHAN SEPERTI PAGI NI?
Lumrah bertrading bila market laju kita beraksi, bila market slow ramai dari traders kekadang takde idea nak buat apa. Di sini saya senaraikan beberapa idea apa nak buat bila market slow. Khas untuk yang trade full time atau tiada kerja lain. Nak layan perkara lain pun boleh, cadangan di bawah untuk meningkatkan prestasi trading anda.
1. Study top gainers & top losers
Ini bertujuan untuk anda mencari sebab kenaikkan atau kejatuhan. Adakah sebab news atau chart pattern. Juga persediaan untuk anda jika anda sendiri berada dalam posisi kaunter tersebut.
2. Paper trade
Boleh praktis entry, exit & money management tanpa risikokan duit sebenar. Ambil serius setiap posisi.
3. Review trade yang lepas.
Kenapa masuk entry yang gagal?
Kenapa take profit terlalu awal?
Kenapa lambat untuk stop loss?
Kenapa over trade? Dan lain-lain lagi
4. Baca nota pelaburan saham di FB/Blog dan buku.
Anda boleh layari sumber berkaitan pelaburan saham untuk mendapat maklumat baru. Atau anda boleh scroll ke belakang wall FB saya banyak saya kongsikan.
5. Tengok video LIVE trading atau set up
Ini untuk anda melihat bagaimana traders lain yang sudi berkongsi cara mereka trade.
6. Berborak dengan rakan traders lain
Berkongsi pandangan terhadap pasaran atau kaunter dengan yang lain. Mana tau mereka ada rumours atau trading idea yang boleh anda kaji untuk membuat untung.
7. Bersedia dengan watchlist kaunter
Ini untuk persiapan anda juga. Jika anda seorang breakout trader dalam watchlist anda sudah tahu kaunter apa dan harga apa yang perlu anda masuk dan keluar. Kalau boleh buat 10 list. Tapi tak perlu masuk semua. Hanya yang mengikut kriteria anda sahaja.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
---------------------------------------------------------------
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda dan pembukaan akaun saham di Maybank.
P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 20/2/2018



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL