BAGAIMANA NAK LUKIS "TREND LINES" PADA CARTA STOK

Salam jumaat yang terindah!
BAGAIMANA NAK LUKIS "TREND LINES" PADA CARTA STOK
Lukisan garis trend adalah seni yang yang mengambil sedikit masa untuk dikuasai.
Ini kerana semua orang mempunyai cara tersendiri untuk melukisnya.
Tidak ada cara sempurna untuk melukis nya kerana pergerakkan perangai setiap stok berbeza namun hasilnya akan menjadi lebih kurang sama garisannya.
Apakah tujuan melukis trend lines?
Tujuan melukis garis trend ialah untuk mengenal pasti kemungkinan 'reversal' berlaku. Mereka juga boleh memberi isyarat bahawa perubahan trend mungkin berlaku.
Dalam arah menaik, lukiskan garis di sepanjang titik terendah dalam trend tanpa membiarkan garis menyeberang melalui harga. Anda memerlukan sekurang-kurangnya dua sentuhan garisan arah aliran tersebut. (Rujuk gambar di bawah)
Itulah cara yang betul untuk menarik garis trend. Anda dapat melihat bagaimana stok mendapat sokongan belian berhampiran garisan selepas mendapat sekurang-kurangnya dua sentuhan.
Itulah peluang yang baik untuk membeli dan masuk dalam stok tersebut. (Trading position untuk jangka masa sederhana)
Tetapi pasaran saham tidak sempurna...
Anda dapat melihat dalam carta di bawah. Terdapat garis trend yang memecah ke bawah, tetapi tidak menghasilkan perubahan trend. Hanya kerana saham memecahkan garis trend lines menaik, tidak bermakna bahawa tiba-tiba stok akan jatuh.
Jadi apa nak buat jika saham memecah trend lines?
Anda buat satu lagi garisan. Seperti di bawah.
Kadang-kadang, anda boleh mempunyai beberapa garis trend pada satu carta.
Selepas penembusan trend lines pertama, kita lihat tidak akan berlaku perubahan trend, jadi kita boleh lukis satu lagi trend lines ketika ini.
Selepas itu, kita akan menunggu satu lagi sentuhan garisan dan mencari point reversal untuk masuk membuat belian.
Berikut adalah beberapa tips untuk trend lines;
1. Makin banyak candle menyentuh garis trend, semakin kuat untuk berlaku rebound pada trend lines.
2. Ia mengambil dua sentuhan untuk melukis trend line yang bagus, tetapi 3 untuk mengesahkannya sebagai yang sah.
3. Dalam trend menurun, lukisan trend ke bawah di sepanjang harga tinggi.
4. Yang cantik berada sekitar 45 darjah. Kalau terlalu curam sekitar 60 -70 darjah memang tak boleh pakai.
5. Pemecahan garis trend ke atas atau ke bawah tidak bermakna trend akan terus berubah.
Kesimpulannya...
Saya tidak menarik garisan trend line dengan kerap kerana setelah beribu kali dan hours anda mengadap carta anda boleh nampak otomatik tanpa menggarisnya.
Saya juga tidak terus membuat konklusi bilamana perlu membeli apabila ianya menyentuh trendline atau menjual apabila ianya pecah ke bawah trendline.
Trendline hanyalah satu daripada beberapa analisis yang di ambil kira.
KELAS STRATEGI SAHAM SETERUSNYA PADA KHAMIS, 15/3/2018.
Jom sertai komuniti trading saya di Bursa Malaysia.
LIKE & SHARE
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
---------------------------------------------------------------
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda dan pembukaan akaun saham di Maybank.
P/s : Klik 'LIKE & SHARE' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 9/3/2018




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL