Dua kriteria (skill) yang akan meletakkan anda di hadapan dalam stock trading

Dua kriteria (skill) yang akan meletakkan anda di hadapan dalam stock trading
==================================
Dua skill utama itu adalah
1) Kawalan risiko (Risk Control)
2) Kawalan diri (Self Control)
Mengurus risiko dalam akaun anda cukup mudah apabila anda mengetahui formula dan caranya.
Profesional trader rutinnya memperuntukkan sehingga satu pertiga masa penyelidikannya mengira berkenaan pengurusan wang (money management), kerana dia akan membandingkan risiko dan ganjaran (risk reward ratio) untuk saham yang berpotensi. Kadang kala kerana terlalu biasa melakukan perkara ini, mereka dapat melakukannya dengan cepat.
Pro trader akan membuang banyak stok yang kelihatan menarik tetapi parameter risikonya tidak sesuai dengannya. Bermakna pulangan keuntungan berbanding risiko trading yang di hadapi tidak cantik rationya.
Nak tanya trader baru yang berkecimpung dalam pasaran saham, berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk mengira dan mengurus risiko?
Kemungkinan besar zero, tiada, yilek.
Kalau duduk dalam grup wasap saya memang saya ada beri cadangan risiko kepada modal, tetapi anda sendiri seharusnya memahami perkara penting ini.
Kebanyyakkan trader baru biasanya ada 2 perkara ini dalam fikiran mereka;
1. Dendam kesumat terhadap pasaran kerana trade yang lepas LOSS
2. Tak sabar nak gandakan duit dari 10,000 ke 20,000 kerana trade yang lepas menjadi.
Walhal kedua-dua pilihan salah kerana, keterujaan itu membuat anda tidak mengira Risk Control dan anda tiada Self Control dalam membuat dagangan.
Jadi sekiranya anda sudah mahir dalam teknikal analisis atau apa jua analisis, risk dan self control adalah kemahiran seterusnya yang anda perlu kuasai.
Di dalam kelas saya, saya ada mengajar risk control berdasarkan harga untuk risiko yang sanggup kita lepaskan untuk menjaga modal trading. Bab self control ni payah sikit pasal emosi setial kita ni berbeza.
Kepada rakan yang berminat mendalami ilmu trading saham jangka pendek jemput hadir kelas saya yang terdekat pada SABTU, 3/2/18 (ESOK)
Wasap 0149927074 untuk mendaftar.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
-------------------------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Kelas strategi saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang.
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 2/2/2/018




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL