KELAS STRATEGI SAHAM 16/2018

KELAS STRATEGI SAHAM 16/2018
============================
Maaf hari ni edukasi pasaran kita lambat sikit pasal saya ada kelas hari ni. Namunn tetap adaaa....
TRUMP TRADE WARS - apakah kesannya?
Menjawab soalan followers dan ini jawapan saya secara mudah.
Kenaikkan harga barang, pemberhentian pekerja terutama berasaskan industri dan kemeruduman ekonomi. Ini adalah worst case senario jika tariff baru ini dilaksanakan.
Apakah tariff tersebut?
25% kepada import besi dan 10% kepada import aluminum.
Kesan - kenaikkan kepada harga besi.
Industri atau sektor yang terkesan adalah automotif, makanan dan minuman berasaskan tin, construction, perkapalan, oil n gas equipment dan banyak lagi yang berasaskan besi.
Siapa yang akan bayar?
1. Industri yang terlibat akan serap kos dan memecatkan pekerja.
2. Industri serap kos dan mengurangkan profit margin (net profit down harga saham down)
3. Pass kos lebihan kepada konsumer.
Opsyen ketiga paling ngeri kerana dengan harga barang yang mahal sekarang akan menaikkan harga barang lagi. (inflation)
Bayangkan susu untuk membuat teh tarik naik lagi seposen dua. Mamak akan otomatik naikkan harga teh tarik dua tiga posen.
Sign untk inflasi adalah tidak molek untuk pasaran saham.
Kesan di atas adalah kepada pasaran Amerika. Namun seperti biasa kesan domino global akan berlaku.
Itulah secara ringkan Trump Trade Wars.
Apapun sebagai traders saham peluang sentiasa ada setiap hari. Anda hanya perlu rajin update watchlist dan set alert untuk merebut peluang.
Tapi janganlah risau. Belum jadi lagi...
Sebagai persediaan terhadap apa jua polisi baru gomen terhadap ekonomi kita sebagai rakyat marhaen kenalah buat persiapaan rapi.
Keyword: Berjimat cermat dan berhemah dalam perbelanjaan dan pelaburan.
Contoh: 1. Kalau sebelum ni hisap rokok dunhill, tukarlah pada rokok john atau canyon atau seangkata.
2. Kalau nak beli kereta Honda City boleh bertimbang tara untuk beli Myvi 2nd.
3. Kalau nak pergi kelas pelaburan harga 4000 fikir2 untuk pergi belajar kelas 400.
4. Jangan gosok sangat instagram insta famous kerna gaya kehidupan ala fairy tales boleh memboloskan purse anda.
Apa pun jika anda trader pertajamkan skill untuk cari lebihan wang, jika anda rapat dengan ahli politik bodek lebih sikit...
LIKE & SHARE untuk pengetahuan sedara mara anda kesan Trump Trade Wars.
Kelas Strategi Saham terdekat hari Khamis, 22/3/18.
Wasap 0149927074 untuk mendaftar.
Jeffry Azizi Jaafar
Remisier Maybank Bangsar


Post original di FB saya 15/3/2018





Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL