STOP LOSS = HENTIKAN KERUGIAN

STOP LOSS = HENTIKAN KERUGIAN
==============================
Persediaan order untuk stop loss seharusnya di rancang sewaktu kita sebagai para traders short term mencongak-congak entry. Maksudnya di sini, bila mana kita ternampak kaunter berpotensi dan membuat analisis untuk masuk order, waktu yang sama kita sudah tahu di mana kita perlu keluar jika harga tidak menyebelahi kita.
Ianya adalah keputusan AWAL yang telah di bina. Perkara ini bertujuan untuk melindung modal trading. Ingat para traders, Trading Is A Business. Jika modal kita tersangkut atau kerugian terlalu dalam untuk di potong, masa untuk recovery akan di ambil lama. Waktu itu emosi dan disiplin memang sukar di kawal menyebabkan kita melakukan kesilapan lain seperti Overtrade limit, Overposition, Overconfident dan lain-lain.
Selain kita mengharap harga kembali pulih, emosi dan perasan kita di luar waktu trading juga terganggu. Ini menyebabkan kemurungan, terlebih makan, terkurang makan, maki hamun, menyendiri, taking things personally, stress, tidur lewat, menuding jari kesilapan sendiri pada orang lain, menangis di bucu katil dan paling penting anda tidak enjoy living in the moment.
Harga Stop Loss adalah secantiknya bila mana perkiraan keputusan Risk & Reward ratio di buat contoh nya 1:2, 1:3, 1:4 atau ianya di bina pada kadaran bentuk peratusan seperti 2%, 3%, 5% rule. Ada juga yang menggunakan paras sokongan horizontal di mana bila kejatuhan harga di bawah paras sokongan position akan di buang atau menggunakan lain-lain indikator seperti garisan Moving Average, ATR, Fibonacci, bentuk candle dan lain-lain. Terpulang ikut keserasian anda. Seharusnya perkara ini di lakukan dengan kiraan Ringgit yang traders sanggup hangus. Jadi berbalik kepada plan trading asal, saiz position amat penting sebelum melakukan entry. Contohnya kiraan Stop Loss 2 sen untuk traders yang enter saiz 10,000 units tak sama nilai Ringgit dengan traders yang enter saiz 100,000 units. Ukur baju di badan sendiri adalah amat penting. Jika anda bersaiz S jagan cuba-cuba pakai saiz XL kelak akan terbungkus kerana lemas.
Berdisiplin dalam membuat Stop Loss pada kaunter yang tidak menjadi adalah kunci untuk anda bertahan lama dalam industri ini. Nampak senang bila tulis atau cakap, tapi saya faham nak jual rugi pada yang tak biasa memang amat pedih permulaannya.
Semoga artikel kali ini bermanfaat untuk anda sebagai traders di Bursa.
Ketik LIKE & SHARE tanda suka untuk manfaat bersama.
P/s: Kelas strategi saham untuk esok masih ada 3 kekosongan. Jika anda berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam trading jangka pendek boleh wasap saya di 0149927074.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
-------------------------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Kelas strategi saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang.
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 17/1/2018\




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL