Posts

Showing posts with the label Saham IPO

MEMOHON SAHAM IPO MITI

Image
MEMOHON SAHAM IPO MITI Langkah memohon secara ringkas : 1. Layari website  http://sahamonline.miti.gov.my/ 2. Untuk pelabur baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. 3. Selepas mendaftar, anda perlu login semula dan barulah anda boleh memohon saham IPO tersebut. 4. Selepas memohon secara online, anda perlu menghantar borang bercetak ke alamat pejabat MITI seperti yang tertera. Tips memohon : 1. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk ditunjukkan kepada pihak MITI supaya permohonan anda diluluskan. 2. Setelah menerima surat tawaran dari pihak MITI, anda tidak digalakkan menolak offer tersebut. Ini kerana pihak MITI akan merekod penolakan atau penerimaan anda dan akan dijadikan rujukan mereka pada masa depan. 3. Untuk memilih IPO yang berpotensi, sila post saya sebelum ni yang bertajuk "TIPS MEMILIH SAHAM IPO". Dan pelbagai lagi tips lain. Hasil semakan di website MITI buat masa ini belum ada kekosongan. Tetapi maklumat awal yang saya dapat, saham A

TIPS MEMILIH SAHAM IPO

Image
TIPS MEMILIH SAHAM IPO -------------------------- Assalamualaikum dan salam sejahtera para pelabur, traders, punters & rakan-rakan Fb. Hari ni IPO baru Serba Dinamik disenaraikan di Bursa Malaysia. Prestasinya biasa-biasa sahaja tetapi tetap menguntungkan. Harga IPO ini adalah RM1.50 dan dibuka pada RM1.56 sebelum naik ke RM1.59. Ia ditutup pada harga RM1.52. Bagaimana memilih IPO yang berpotensi? 1. Harga IPO - Pilih harga IPO yang rendah. Semakin rendah harganya semakin berpotensi IPO tersebut untuk naik. Ini kerana bila harganya rendah, ia semakin mudah 'digoreng' oleh spekulator pasaran. Contoh terbaik tahun lepas adalah Matang Bhd, Perak Transit dan Rhone Ma yang naik lebih 10% pada hari penyenaraian. 2. Pemilik IPO - Selalunya IPO yang dimiliki oleh orang Cina berpotensi besar untuk naik. Ini kerana bangsa Cina sudah lama dalam pasaran dan mereka menguasai 90% pasaran saham. Melabur saham sudah sebati dan seolah-olah menjadi budaya mereka. 3. IPO manager