Posts

Showing posts with the label Tema

SAMBUNGAN - Meet the masters - Benjamin Graham, guru kepada Warren Buffet

Image
SAMBUNGAN - Meet the masters - Benjamin Graham, guru kepada Warren Buffet. Apa yang kita boleh belajar dari Benjamin Graham Graham seorang pelabur hebat yang tidak akan melabur pada stok pada harga fair walau secerah mana potensi stok tersebut pada masa depan. Itu adalah value approach dalam pelaburan kerana Graham akan membeli pada harga diskaun atau waktu murah. Namun beliau tetap melihat kepentingan dan keupayaan syarikat untuk mengembangkan earning. Ini adalah kombinasi v alue dan growth yang mana secara amnya adalah asas terbaik pelaburan. Antara penekanan Graham ialah; 1. Tiada siapa tahu apa yang market akan lakukan pada masa depan, tetapi kita masih boleh peroleh keuntungan jika kita bijak menilai situasi keadaan. 2. Kita sebahagian dari pelabur runcit yang selalu berada dalam kerugian, jadi kita perlu mengawal emosi dengan mencari sesuatu info yang dapat mengawal emosi kita. 3. Stok mempunyai business valuations dan market valuations. Cari stok yang nilai pasaran

Pembinaan Pasukan

Image
'Pembinaan Pasukan' katanya...  🤑 🤑 🤑 Sekali sekala cuti 3 hari ni lepak Pantai Timur sedap juga.. Bersama-sama Persatuan Remisier Malaysia (Pribumi) dalam aktiviti team building di Pulau Redang Terengganu.. Perkataan Pribumi ni sensitip sikit lately ni.. Almaklumlah dah nak dekat PRU..  😜 # SalamMaalHijrah # SelamatBercutiSantai Post original di FB saya 22/9/2017

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Image
SELAMAT HARI MALAYSIA!  🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 Terima kasih Malaysia di atas keamanan, keharmonian pelbagai agama dan bangsa, kelestarian ekonomi yang bagus, pendidikan yang terbaik, kemudahan infra bertaraf dunia, cuti yang banyak  😂  dan pelbagai lagi. Saya amat bersyukur. Apa yang saya sumbangkan terhadap negara tercinta ini amatlah sedikit malah hampir tiada  😔  berbanding tokoh-tokoh lain. Oleh sebab itu tahun ini dan seterusnya saya berazam untuk lebih memberi. Setakat ini kemahiran dan kepakaran saya berlegar dalam pasaran modal ekuiti dan pelaburan. Jadi apa yang saya mampu beri adalah edukasi berkenaan pasaran modal negara. Alhamdulillah saya dengan konsisten telah menulis berkenaan pelaburan di dinding Facebook saya selama 129 hari berturut-turut. Tidak termasuk sebelum itu ada berselang seli. Anda boleh membacanya dengan percuma. Doakan saya terus konsisten. Sempena hari Malaysia ini saya ada satu tawaran istimewa kepada anda semua yang bekerja di sekitar Lembah Klang.

Inspirasi Sabtu

Image
Inspirasi Sabtu ----------------------- Jika ada apa-apa peluang lalu melintas di hadapan kita, janganlah terus menolak atas apa-apa alasan. Ambil masa buat penilaian dan keputusan. Apabila kita berjaya suatu hari nanti jangan pula kita lupakan orang yang pernah bersama kita dan naikkan kita sewaktu kita tak punyai apa-apa dahulu. Mark Zukerberg tidak lupakan sohabat yang percaya atas usaha beliau menaikkan FB dahulu iaitu Dustin dan Saverin. Kini mereka masuk dalam kelab billionaire di Amerika. Jika peluang tidak kunjung tiba, cari lah peluang tersebut. Berkawanlah dengan orang yang banyak mendapat peluang. Berkawanlah dengan orang yang mencipta peluang. Jangan rasa diri terlalu bagus dengan menidakkan pendapat orang lain. Berbincang dan terus mencari ilmu. Live your dream! P/s: Jangan berlebih sangat hirup kuah sup daging tu. Kang pengsan! Haha... Post original di FB saya 2/9/2017

INSPIRASI MERDEKA

Image
INSPIRASI MERDEKA -------------------------------- Nama: Dr. Burhanuddin Al-Helmi Tempat lahir: Changkat Tualang, Perak Tarikh lahir: 29/8/1911 Tarikh meninggal: 25/10/1969 -Menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) -Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 1956- 1969 -1942-1945, menjadi penasihat hal ehwal Islam dan adat istiadat melayu ketika pendudukan Jepun -1950, Di tahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura -1964-1966, Di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi ejen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan terhad 25/10/1969 - Meninggal dunia akibat penyakit lelah SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 60 MALAYSIA Post original di FB saya 31/8/2017

2 PIZZA INI KINI BERNILAI RM178,169,725 ATAU USD 41.6 JUTA HARI INI

Image
2 PIZZA INI KINI BERNILAI RM178,169,725 ATAU USD 41.6 JUTA HARI INI --------------------------------------- Tahukah anda, ini adalah transaksi offline pertama melibatkan Bitcoin. Kalau anda rasa hari ini hari paling teruk dalam hidup anda, anda kenangkan kisah Laszlo Hanyecz ini. Kisah ini berkisar hanya 7 tahun lepas. Iaitu pada 18 May 2010 seorang programmer dari Florida, Amerika Syarikat bernama Laszlo Hanyecz telah memuat naik satu posting di forum bitcoin. Beliau menawarkan sesiapa yang membeli untuk beliau pizza dengan ciri yang beliau kehendaki beliau akan menukarkan pizza itu dengan 10000 keping bitcoin. Ramai pengguna forum itu mengecam dan mentertawarkan tawaran itu pada awalnya. Pada waktu itu 10000 keping itu bernilai hanya USD 40 sahaja. Ada seorang lelaki British menerima tawaran itu dengan membeli 2 keping pizza bernilai hanya USD 25 sahaja. Transaksi itu berjaya pada 22 May 2010 dan setiap 22 May, pengguna Bitcoin seluruh dunia meraikan hari tersebut di seluruh du

7 LANGKAH UNTUK GOLONGAN MILLENNIALS MENDAPAT PELUANG KEEMASAN MENJADI JUTAWAN

Image
7 LANGKAH UNTUK GOLONGAN MILLENNIALS MENDAPAT PELUANG KEEMASAN MENJADI JUTAWAN --------------------------------------------------- Jika anda berumur 20 an atau 30 an artikel ini di tujukan khas untuk anda. Jika anda rasa dah berusia tolong share artikel ni pada mereka. Pelabur pada usia 20 an mempunyai peluang keemasan untuk bermula dengan cemerlang dalam mencapai financial freedom. Mereka boleh mempunyai net worth bernilai jutaan ringgit. Golongan ini sering bertanya saya bagaimana untuk mendapat modal dalam melabur saham? Atau memulakan lain-lain pelaburan seperti hartanah, barang koleksi dan lain-lain instrumen? 1. SIMPAN DUIT Saya tahu nasihat ini amatlah membosankan. Seperti nasihat orang yang tak kerja yang tak punyai wang. Jika anda dah berusia anda faham benar dengan nasihat ini dan akibatnya tidak mempunyai simpanan. Anda tidak boleh menjadi pelabur jika anda tidak mempunyai wang untuk di laburkan. Ini bermaksud simpanan! Sebolehnya seawal anda mempunyai pekerja

MEE REBUS , TEH O & THE GREAT DEPRESSION 1929

Image
MEE REBUS , TEH O & THE GREAT DEPRESSION 1929 ------------------------------------------------------------------- Petang-petang gini, lepas asar kita pekena mee rebus & teh o memang lah layan. Makan pulak di kampung halaman. Dia punya padu, tak tergambarkan. Apa menu petang kenkawan petang ni? Kita citer market sikit petang ni kenkawan... ------------------------------------------------------------------- Dow pada paras 1989 mata, harga Amazon pada $4, itulah anggarannya jika Great Depression 1929 market crash berlaku dan ianya tidak berpunca dari Korea Utara sepatutnya. Gambaran ini adalah berdasarkan kiraan CAPE iaitu Cyclically Adjusted Price to Earnings. Teori ini juga di namakan sebagai Shiller P/E ratio di ambil dari nama professor Yale yang membuat penyelidikan ini. Walaupun masih banyak kritikan dengan penyelidikan beliau, namun masih di anggap relevan untuk mengukur nilai pasaran dan ianya telah terbukti sewaktu market crash yang lalu. Cara menggunakan CA

UBER

Image
UBER -------- Tahukah anda syarikat UBER bermula dengan satu tweet oleh Travis Kalanick pada Januari 2010 dan kini bernilai USD 70 billion. Berikut adalah tweet Travis Kalanick yang dihantar pada Januari 2010. Jawapan dari Ryan Graves berlaku 3 minit kemudian. Tweet itu bernilai berbilion dolar. Januari 2010 adalah bulan Travis sedang menjalankan ujian dengan 3 kereta di New York untuk aplikasi mudah alih yang dia dan rakannya, Garrett Camp, baru saja buat. Mereka memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk memulakan sebuah syarikat di sekitar aplikasinya dan memerlukan Pengurus Besar untuk menjalankannya, Travis mengambil Craigslist dan Twitter mencari orang yang tepat. Jawapan Ryan kepada Travis datang kerana dia sedang mencari sesuatu yang baru. Dia mempunyai pengalaman di GE, dan telah berkhidmat untuk Foursquare untuk sementara waktu selepas syarikat itu menghentikannya untuk bekerja. Dia sudah bersedia untuk peluang baru - dan mengambil kesempatan dengan tweet ini. Tr

KOLERASI RINGGIT TERHADAP BURSA MALAYSIA

Image
KOLERASI RINGGIT TERHADAP BURSA MALAYSIA ----------------------------------------- Tahukah anda hubungan antara matawang Ringgit Malaysia dan harga saham di Bursa umpama Aur dengan Tebing? Kenyataan dari broker saham luar negara ini menunjukkan Ringgit akan mencari lantai RM4.10. Apakah kesannya kepada harga saham? Kalau saya bercerita tentang coefficient of correlation selepas Ringgit depegging pastinya ramai yang mengantuk. Jadi di pendekkan cerita jika Ringgit mengukuh berbanding USD saham berorientasi eksport akan melemah. Walaupun eksport negara akan meningkatkan ekonomi, nilai dagangan akan menurun kerana kelemahan USD. Jadi keuntungan syarikat eksport akan menurun. Ini akan memberi kesan kepada revenue dan net profit syarikat. Antara sektor yang terkesan adalah sektor gloves, furniture, semikonduktor, packaging dan industrial products. Adakah anda semua telah bersedia untuk mengurangkan position pada kaunter eksport? Sektor yang mendapat manfaat dari kekuatan

KISAH INSPIRASI

Image
KISAH INSPIRASI --------------------------- Anda rasa pekerjaan anda sekarang ini tidak membolehkan anda mengecapi kebebasan kewangan? Jangan putus asa. Ikuti cerita di bawah ini. DULU BEKAS PEKERJA KILANG KINI MENJADI WANITA YANG PALING KAYA DI DUNIA Zhou Qunfei: bekas pekerja kilang, berhenti sekolah tinggi dan sekarang dengan nilai bersih lebih dari USD 8 BILLION. Itu menjadikannya wanita yang paling kaya dengan usaha sendiri di planet ini, seperti yang baru-baru ini dilaporkan oleh Money menggunakan data dari Indeks Billionaires Bloomberg dan sebelum ini dilaporkan oleh Forbes. Pada bulan Mac, Zhou mendahului senarai wanita Forbes yang paling kaya, yang memaparkan "rekod 56 jutawan wanita usaha sendiri" dari seluruh dunia. Beliau mengetuai Lens Technology, yang mengeluarkan penutup kaca yang digunakan untuk telefon Apple dan Samsung. Zhou, 47, adalah wanita jutawan yang paling muda dalam senarai Forbes dan permulaan yang merendah diri menjadikannya trajekt

MATAWANG DIGITAL - BITCOIN

Image
MATAWANG DIGITAL - BITCOIN ------------------------------------------------- Bitcoin mencanak ke atas USD 3000 untuk rekod tertinggi dalam sejarahnya, melipat 3 kali ganda untuk tahun ini sahaja. - Bitcoin meroket atas USD 3000 dengan rekod tertinggi USD 3360.87. - Kenaikkan ini di sebabkan terpisahnya bitcoin kepada bitcoin dan bitcoin cash - Bitcoin cash pula jatuh pada hari Sabtu di sebabkan pengoperasian nya di godam Market capitalization bitcoin sekarang mencapai USD 54 billion. Matawang digital ini telah naik 3 kali ganda semenjak awal tahun dan 15 % pada bulan ogos ini sahaja. Dengan pengaktifan SegWit dan hard fork perjalanan trend bitcoin untuk sepanjang bulan ini nampak lancar. Matawang digital Ethereum juga nampak meningkat kepada USD 250 pada hari sabtu. Pada selasa lepas Bitcoin telah terpisah kepada dua iaitu Bitcoin dan Bitcoin cash. Pelabur yang pegang Bitcoin pada masa split dan jumlah yang sama pada Bitcoin cash dan boleh mula trade pada hari selasa. T