7 LANGKAH UNTUK GOLONGAN MILLENNIALS MENDAPAT PELUANG KEEMASAN MENJADI JUTAWAN

7 LANGKAH UNTUK GOLONGAN MILLENNIALS MENDAPAT PELUANG KEEMASAN MENJADI JUTAWAN
---------------------------------------------------
Jika anda berumur 20 an atau 30 an artikel ini di tujukan khas untuk anda. Jika anda rasa dah berusia tolong share artikel ni pada mereka.
Pelabur pada usia 20 an mempunyai peluang keemasan untuk bermula dengan cemerlang dalam mencapai financial freedom. Mereka boleh mempunyai net worth bernilai jutaan ringgit.
Golongan ini sering bertanya saya bagaimana untuk mendapat modal dalam melabur saham? Atau memulakan lain-lain pelaburan seperti hartanah, barang koleksi dan lain-lain instrumen?
1. SIMPAN DUIT
Saya tahu nasihat ini amatlah membosankan. Seperti nasihat orang yang tak kerja yang tak punyai wang. Jika anda dah berusia anda faham benar dengan nasihat ini dan akibatnya tidak mempunyai simpanan.
Anda tidak boleh menjadi pelabur jika anda tidak mempunyai wang untuk di laburkan. Ini bermaksud simpanan!
Sebolehnya seawal anda mempunyai pekerjaan cuba lah untuk menyimpan secara konsisten. Kalau pun tak boleh nak simpan sebanyak 20% dari pendapatan dapat simpan 5% pun jadi lah. Mulakan habit ini seawal mungkin. Anda akan dapat pengalaman dan kepuasan bila duit simpanan anda membesar.
JAMINAN SAYA: Jika anda menyimpan sedikit duit secara konsisten untuk masa depan anda, anda tak akan menyesal malah akan bersyukur dengan tindakan anda dahulu. Jika anda tidak berbuat begini satu hari nanti anda akan menyesal dan mengharap dapat menyimpan dari muda.
2. SIMPAN SEKARANG; TIADA MASA YANG SESUAI LAGI DARI SEKARANG
Setiap Ringgit yang anda simpan sekarang sangat bernilai di kemudian hari. Maksud saya di sini terlalu bernilai. Jangan ambil kira faktor inflasi di sini.
Bayangkan anda ada Rm100 untuk di simpan dan pada kadar 10% compound rate sehingga umur 65. Labur Rm100 di usia 25 dan ianya akan berkembang Rm4526. Ini bermaksud anda dapat Rm45.26 untuk setiap ringgit anda simpan. Itu baru simpanan Rm100 sekali sahaja. Bayangkan anda simpanan Rm1000 atau Rm10000 sebagai permulaan.
3. SIMPAN LEBIH BANYAK LEBIH BAIK
Dapatkan habit untuk membuat simpanan sekurangnya 10% dari pendapatan anda. Kalau dapat simpan lebih lagi lah bagus. Anda boleh saja untuk sesuaikan kehidupan anda dengan 90% ke 80% dari pendapatan anda. Percayalah anda tidak akan menyesal di kemudian hari.
4. LABUR PADA SAHAM BERDIVIDEN
Saham berdividen membolehkan anda mendapat dua keuntungan iaitu satu dividen berterusan dan satu lagi kenaikkan harga. Pandang untuk tempoh atas 10 tahun. Lihat sahaja peestasi saham-saham dividen tinggi atau blue chip sepanjang 10 tahun ini. Tidak menghampakan.
5. LABUR PADA PELBAGAI STOK (DIVERSIFICATION)
Di Bursa ada pelbagai sektor dan saham beprestasi tinggi. Jika anda punyai visi jangka masa panjang, labur pada pelbagai stok lebih selamat. Jika anda tak tahu mula boleh saja labur pada Index Fund atau ETF.
6. CARI PELUANG YANG BOLEH JIMAT DALAM PELABURAN
Jika anda bijak labur sendiri di Bursa, anda telah jimat sekurangnya 3% dari melabur di Unit Trust. Jika anda tak mahu fees langsung boleh gunakan instrumen ASB atau Tabung Haji. Jika anda boleh pergi kelas belajar ilmu saham Rm1000 buat apa pergi kelas Rm4000. Buat networking dengan pelabur yang telah berjaya. Cari tips atau jalan pintas yang membolehkan anda mengelakkan kesilapan pelabur terdahulu. Banyakkan baca buku berkenaan bidang pelaburan yang anda minat.
7. JANGAN BAYAR BENDA YANG TIDAK PERLU
Maksudnya di sini jangan bayar fee untuk servis yang anda tak gunakan. Kalau boleh claim balik cukai buatlah demikian. Potong zakat siap-siap. Kalau boleh elakkan cukai, elakkan lah. Contoh jika anda rancang untuk membeli alat gym bernilai Rm10000, cuba dulu pergi gym yang bayaran bulan Rm150 selama setahun. Lihat dulu prestasi anda. Adakah hangat-hangat tahi ayam atau pun anda betul gunakan barangan tersebut. Lagi pun di gym ada pelbagai pilihan alatan berbanding beli sendiri. Ruangan pun jimat.
Jadi berbelanjalah dengan berhemah tetapi jangan jadi kedekut.
SHARE & LIKE!
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Personal coaching saham
- Seminar Jom Belajar Saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang!
Facebook : Jeffry Azizi Jaafar
Seminar Jom Belajar Saham vol 4:
- Tarikh : 16/9/2017
- Hari : Sabtu
Layari http://sahamwizards.com/jombelajarsaham/ mendaftar sekarang!
Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain

Post original di FB saya 20/8/2017



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL