CORPORATE EXERCISE : BONUS ISSUE

CORPORATE EXERCISE : BONUS ISSUE
----------------------------------------
Topik edukasi hari ni masih dalam Corporate Exercise. Hari ni pasal bonus issue.
Maksud - Bonus issue adalah saham percuma yang diberi kepada pemegang saham. Ia diberi dalam bentuk ordinary share. Sama macam saham induk. Ia percuma dan tidak melibatkan apa-apa bayaran. Ia umpama sebentuk keuntungan kepada anda jika berjaya beli pada harga yang cantik dan sesuai.
Ratio - Bonus issue ni ada ratio. Contoh 1 : 3. Bermaksud 3 unit saham layak dapat 1 bonus issue. Jika ada 300 unit saham akan dapat 100 bonus issue. Jadi jumlah terbaru saham anda adalah 400 unit.
Beli sebelum Ex-date untuk layak mendapat bonus issue ni. Iaitu sehari sebelum Ex-date. Contoh Ex-date 30 Oktober, beli sebelum atau pada 29 Oktober. Ex-date bermaksud exercise date untuk sesuatu corporat exercise tersebut.
Tujuan bonus issue adalah untuk mengembangkan modal perniagaan di samping meningkatkan kecairan (liquidity) harga saham.
Harga saham akan diejas menjadi lebih rendah bermula pada Ex-date. Contoh 1 : 3 bonus issue. Harga saham adalah RM4.00. Ada 300 unit, tambah bonus issue 100 unit. La ni anda ada total 400 unit. Harga saham akan diejas menjadi RM3.00 tetapi market value masih sama. Jadi jangan terkejut bila tiba-tiba saham anda jadi rendah. Mungkin ia disebabkan bonus issue. Semak pada announcement.
Pada ketika announcement sebegini keluar secara rasmi dan berlegar-legar di dalam wassap grup dan telegram, harga sahamnya akan dispekulasi menaik seperti biasa. Yang lambat masuk dijangka akan terperangkap. Yang masuk awal boleh senyum.
Kenapa pelabur gemar saham yang dah buat bonus issue?
1. Harga saham yang rendah
2. Saham tu kalau daripada syarikat yang kukuh lagilah bagus
3. Ianya percuma
4. Ia adalah petanda kekonfidenan sesebuah syarikat
Impak daripada bonus issue :
1. Harga saham akan diejas menjadi lebih rendah
2. Jumlah unit saham dalam pasaran akan meningkat
3. Market capitalization tidak akan berubah
4. Trading volume selalunya menaik jumlahnya
5. EPS akan berubah menurun harganya
LIKE DAN SHARE - supaya artikel ini sampai kepada anda, kawan-kawan dan ahli keluarga pelabur saham anda! Jadikan ia rujukan saham anda di masa depan.
P/s : Untuk personal coaching Sabtu ni masih ada 2 kusyen kosong. Wassap saya Jeffry 0149927074 jika anda nak belajar saham dengan cara yang terbaik dan melekat di hati anda.

Post original di FB saya 19/10/2017








Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK