BROKERAGE

Apabila membuat jual-beli saham, yuran brokerage akan dikenakan untuk setiap transaksi tersebut. Anda nak tahu berapa yuran brokerage tersebut? Baca nota edukasi di bawah ini.
1. Brokerage
- 2 jenis brokerage iaitu Online (jual-beli melalui online platform - dibuat oleh pelabur sendiri ; dan Offline melalui panggilan telefon - dibuat oleh pihak broker)
Transaksi kasar bawah RM100,000
- Untuk Online yurannya adalah 0.42% atau min RM28 dari jumlah kasar transaksi
- Untuk Offline yurannya adalah 0.6% atau min RM40 dari jumlah kasar transaksi
- Amount ini dikenakan GST 6%
Transaksi kasar atas RM100,000
- Untuk Online yurannya 0.21% dari jumlah kasar transaksi
- Untuk Offline yurannya 0.3% dari jumlah kasar transaksi
2. Clearing fees
- Clearing fees adalah sebanyak 0.03% dari jumlah kasar transaksi
- Maksimum amount adalah RM1000
- GST 6% dikenakan untuk fees ini
3. Stamp duty
- RM1 untuk setiap RM1000 jumlah kasar transaksi
- Maksimum amount adalah RM200
Untuk ilustrasi kiraan, saya akan tulis dalam post berikutnya. Tungguuu...
Brokerage offline adalah standard yang telah di tetapkan oleh Bursa. Namun yuran online ratesnya adalah negotiable. Terdapat broker di luar sana menawarkan sehingga serendah bawah RM10 per transaksi. Harus di ingat biasanya offer murah sebegini tidak datang percuma. Ya, sebagai contoh anda perlu mendeposit jumlah tertentu dalam akaun sebelum layak mendapat rates sebegitu. Selain daripada itu rates yang rendah mengkehendaki anda semua menguruskan akaun anda sendiri tanpa khidmat nasihat. Saranan saya kepada pelabur baru, sebaiknya tuan puan bukalah akaun dengan remisier dengan rates yang standard seperti di atas. Kelebihannya tuan puan akan mendapat khidmat nasihat pelaburan percuma dan tips saham yang bagus. Jika ingin buka akaun dengan saya sila hubungi saya di 014-9927074
-------------------------------
Perkhidmatan saya :

- Personal coaching saham
- Seminar Jom Belajar Saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang
Layari http://sahamwizards.com/ untuk maklumat lanjut
Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd

Post original di FB saya


Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

CORPORATE EXERCISE : BONUS ISSUE