KLCI 1/2/2017 / Analisa Pasaran

Analisa Ringkas Indeks KLCI
---------------------------
1. Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia iaitu Indeks KLCI jelas berada dalam keadaan mendatar(atau disebut flat/range/sideway).
2. Paras sokongan berada pada paras 1610 mata. Ia adalah paras yang kuat kerana sudah diuji sebanyak 3 kali (major support). Paras rintangan pula adalah 1730 mata, juga major resistance kerana sudah diuji 2 kali.
3. Walaubagaimanapun, KLCI sudah tembus awan nano Ichimoku di dalam carta harian. Ini bermakna KLCI sudah berada dalam keadaan bullish dan perlu membuat breakout pada paras rintangan 1730 mata untuk bullish confirmation. Ini dikuatkan lagi apabila carta mingguan juga telah tembus Ichimoku.
4. Indicator sokongan iaitu MACD sudah berada dalam keadaan menaik/uptrend.
5. KLCI dijangka akan terus berada dalam keadaan sideway sehingga sekurang-kurangnya menghampiri pilihanraya umum nanti. Sama seperti di US apabila Dow Jones bergerak tidak menentu apabila menghampiri pilihanraya Presiden mereka.
#jaj

Post original di FB saya 1/2/2017




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL