Saham IPO

SAHAM IPO
------------
Saham IPO bermaksud 'initial public offering' atau 'tawaran awam permulaan'. Apabila sesuatu syarikat mahu menyenaraikan sahamnya di Bursa Malaysia, mereka perlu menawarkan sebahagian daripada saham syarikat mereka kepada orang awam yang lain.
KENAPA IPO?
Jika sesebuah syarikat memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan mereka, mereka ada 2 cara : sama ada meminjam dari pihak bank atau mendapatkan dana dari orang awam. Jika meminjam dari pihak bank, syarikat tersebut perlu membayar balik pinjaman beserta interest atas pinjaman. Ia adalah sesuatu yang mahal.
Jadi mereka boleh beralih kepada pilihan kedua iaitu mendapatkan dana melalui IPO kerana ianya lebih murah dan kurang risiko. Jika perniagaan mereka bagus dan berkembang maju, mereka boleh memberi 'pulangan' kembali kepada para pelabur awam mereka melalui kenaikan harga saham dan dividen tahunan.
Untuk pengetahuan anda, IPO boleh dipohon melalui perbankan internet seperti Maybank2u. Anda cuma perlu ada akaun CDS dan modal yang mencukupi untuk memohonnya.
.
Pasaran IPO adalah satu pasaran yang berpotensi untuk menjana keuntungan jika dilakukan dengan betul.
Hubungi saya di 014-9927074 untuk membuka akaun dan sessi #PersonalizedCoachingSaham dan cara-cara membeli IPO berpotensi.
IPO TERBARU
IPO terbaru di Bursa Malaysia :
1. MATANG BERHAD (harga 13 sen)
2. HLT GLOBAL BERHAD (harga 45 sen)

Post original di FB saya 27/12/2016

Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

CORPORATE EXERCISE : BONUS ISSUE