Sentimen - Indeks KLCI



Sentimen - Indeks KLCI
Pada masa nota ini di tulis INDEKS KLCI berada pada paras 1787 tertinggi dalam tempoh 2 tahun. Apakah yang mendorong kenaikkan indeks KLCI sehingga mencecah ke paras ini?
1. Kemasukkan dana pelabur asing secara berterusan dari awal tahun hingga kini?
2. Ringgit Malaysia/ USD berada 4.30?
3. Kenaikkan GDP?
4. Penurunan/kenaikkan inflasi?
Jika tuan puan menggunakan indeks KLCI sebagai salah satu penanda aras untuk membuat keputusan belian, tuan puan haruslah boleh justify kenapa kenaikkan indeks ini berlaku. Adakah sesuai indeks ini berada paras ini dengan keadaan ekonomi sekarang. Adakah betul dana asing masuk untuk menyokong perkembangan ekonomi negara atau Ringgit Malaysia hanya berpusing dalam domestik sahaja. Ataupun indeks KLCI sekarang hanyalah kosmetik sebelum PRU 14?
Ya, soalan-soalan di atas adalah untuk pelabur yang berfikir dan bertindak secara kontrarian. Melabur secara kontrarian ini tempoh masa hasil nya tidak cepat kerana selalu berlawan dengan trend semasa. Sebagai contoh pelabur kontrarian memandang indeks KLCI boleh menjunam bila-bila masa sahaja kerana kenaikkan indeks tidak mencerminkan keadaan ekonomi negara sebenar. Tetapi pelabur trend tidak memandang sedemikian, mereka nampak kenaikkan indeks adalah satu tanda yang positif dan peluang ini tidak perlu di lepaskan.
Jadi untuk melabur menggunakan sentimen indeks, perkara yang paling penting tuan puan perlu berhati-hati adalah pengurusan risiko terhadap pelaburan atau syarikat yang tuan puan labur.
Dalam kelas saham saya perkara ini amat saya tekankan untuk kita berada lama dalam pasaran.
----------------------------------------------
Tarikh seterusnya :
Selasa, 6 & 13 Jun 2017
Masa : 10am - 4pm
Tempat : Kursus Kahwin TTDI, 14-1, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Apa topik yang bakal dipelajari?
- Pengenalan kepada pasaran saham Bursa Malaysia
- Penggunaan trading platform untuk jual-beli saham, membaca pergerakan pasaran, mencari saham berpotensi, mengkaji FA & carta harga sesebuah saham
- Wizards Analysis - step by step mencari saham berpotensi untuk jangka masa sederhana dan panjang
- Swizards Trading System - step by step memilih saham berpotensi untuk jangka masa pendek
Hubungi 014-9927074 untuk mendaftar sekarang!
Perkhidmatan saya :
- Personal coaching saham
- Seminar Jom Belajar Saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang
Layari http://sahamwizards.com/ untuk maklumat lanjut
Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd

Post original di FB saya 5/6/2017


Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL