Settlement Saham

Settlement Saham
-------------------
Apabila anda membeli saham, anda perlu membuat pembayaran saham tersebut. Ianya digelar 'settlement'. Apa itu settlement dan bagaimanakah prosesnya?
Cristiano Ronaldo memasukkan modal ke akaun sahamnya sebanyak RM3000. Beliau kemudiannya membeli saham FRONTKN pada hari Khamis, 2 June 2017 pada harga 29 sen sebanyak 10,000 unit. Jumlah belian saham termasuk yuran pembelian adalah sebanyak RM2933.60.
Pihak Bursa Malaysia memberi masa selama 3 hari bekerja selepas hari pembelian kepada para pelabur untuk membuat pembayaran penuh.
Kiraan harinya adalah seperti berikut :
Khamis 2 Jun - T (transaction day)
Jumaat 3 Jun - T1
Sabtu & Ahad, 4 & 5 Jun - tidak termasuk dalam kiraan
Isnin 6 Jun - T2
Selasa 7 Jun - T3
Pada hari Selasa 7 Jun, RM2933.60 itu tadi akan ditolak daripada modal sebanyak RM3000.00. Selepas ditolak, modal yang tinggal adalah RM66.40.
Jadi begitulah proses settlement saham setiap kali anda membeli saham. Bagaimana pula proses settlement menjual saham? Jika anda mahu tahu bagaimana proses settlement menjual saham, tunggu nota edukasi yang seterusnya pada esok.
P/s : Nota edukasi ini adalah penting untuk pengetahuan para pelabur semua. Jadi jangan lupa 'like dan share' supaya para pelabur yang lain mendapat pengetahuan yang sama.
------------------------------------------
Selasa
Masa : 10am - 4pm
Tempat : Kursus Kahwin TTDI, 14-1, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Apa topik yang bakal dipelajari?
- Pengenalan kepada pasaran saham Bursa Malaysia
- Penggunaan trading platform untuk jual-beli saham, membaca pergerakan pasaran, mencari saham berpotensi, mengkaji FA & carta harga sesebuah saham
- Wizards Analysis - step by step mencari saham berpotensi untuk jangka masa sederhana dan panjang
- Swizards Trading System - step by step memilih saham berpotensi untuk jangka masa pendek
Hubungi 014-9927074 untuk mendaftar sekarang!

Post original di FB saya 8/6/2017


Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

CORPORATE EXERCISE : BONUS ISSUE