Trading Platform

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Hari ini saya akan bercerita tentang trading platform. Tempat di mana anda semua akan membuat jual dan beli saham.
Penguasaan dalam setiap maklumat yang ada dalam trading platfrom ini sangat penting untuk anda membuat keputusan trading. Trading platform seperti gambar di atas tentulah dari Power Broking di sediakan oleh Maybank Investment Bank. Dah nama pun power tentulah maklumat yang ada pun power!
Ok, saya akan terangkan maklumat asas dahulu tentang platform yang canggih ini.
No 1 yang telah saya kuningkan itu adalah maklumat ;
1. Tarikh dan masa
2. Indeks KLCI iaitu komponen 30 saham terbesar di Bursa Malaysia. Tujuannya untuk mengetahui
mood pasaran pada hari ini.
3. Vol: VOLUME, maksudnya berapakah jumlah dagangan yang berlaku setakat waktu itu. Volume mengambil kira semua saham yang ada di Bursa.
4. Val: VALUE, maksudnya jumlah nilai dagangan atas semua transaksi yang berlaku di Bursa.
5. Arrow Hijau ke atas dan angka di sebelahnya, maksudnya jumlah kaunter yang naik pada waktu itu berbanding harga tutup semalam.
6. Arrow merah ke bawah dan angka di sebelahnya, jumlah kaunter yang turun pada waktu itu bebranding harga tutup semalam.
7. Arrow hijau dan merah bersama dan angka di sebelahnya, jumlah kaunter yang harga nya tidak berubah berbanding harga semalam.
Ok, setakat ini sahaja buat kali ini... dalam posting seterusnya saya akan bercerita tentang item No 2 dan seterusnya secara keseluruhan tentang trading platfrom ini secara percuma sahaja. Nantikan. Saya akan kupas satu-satu fungsinya di sini.
Jika anda rasa posting ini bermanfaat sila like dan share.
Perkhidmatan saya :
- Personal coaching saham
- Seminar Jom Belajar Saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang
Layari http://sahamwizards.com/ untuk maklumat lanjut
Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd

Post original di FB saya 22/6/2017


Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL