5 Bearish Reversal Candlestick Pattern

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Minggu ni kita study pula 5 Bearish Reversal Candlestick Pattern yang selalu ada di Bursa. Minggu lepas kita dah ada 5 Bullish Reversal Candlestick pattern.
Terdapat banyak bearish reversal candlestick pattern, tetapi sepanjang minggu ni saya senaraikan 5 yang popular selalu ada di Bursa. Jadi kalau anda ternampak pattern sebegini terutama dalam time frame sejam atau sehari siap sedia untuk exit ok.
No. 1 Bearish Engulfing Candlestick Pattern
----------------------------------------------------------------------
Pattern jenis ni adalah kombinasi 2 candlestick. Candlestick pertama adalah bullish candle, tetapi candle yang kedua bearish candle yang lebih besar bodynya. Harga buka candle bearish ini akan gap up dahulu kemudian berlaku tekan jualan yang kuat pada sesuatu tempoh masa sehingga harga tutupnya lebih rendah dari harga buka candle sebelumnya.
Contoh pattern ni dalam gambarajah di bawah.
Dimana pattern sebegini selalu keluar?
Pattern ini selalunya keluar pada stok yang sedang dalam rally uptrend. Dari sekecil time frame sehingga monthly. Namun time frame yang lebih besar lebih valid kejatuhannya.
Anda perlu lebih berhati-hati di kawasan:
1. Resistance
2. Trendline kebawah
3. Fibo retracement level
Jadi kalau anda nakkan kepastian anda boleh tunggu candle ketiga selepas bearish candle tersebut. Jika dia break lower dari harga tutup candle bearish kedua itu adalah kepastian yang harga akan menurun lagi oleh pelbagai faktor. Anda sebagai trader harus lindungi modal dan keuntungan sedia ada dengan keluar pasaran dahulu dan tunggu peluang lain.
Kelas strategi saham yang terdekat pada khamis ni 21/12/17 jom tambah skill trading anda bersama saya.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
------------------------------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Kelas strategi saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang.
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya 18/12/2017




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL