Bagaimana cara memohon IPO awam melalui platform Maybank 2 u

Bagaimana cara memohon IPO awam melalui platform Maybank 2 u
-----------------------------------
Video kali ini saya menerangkan langkah satu persatu cara memohon IPO awam melalui Maybank 2 u.
Ini adalah permohonan sebenar dan bukan cobaan.
Real kes: Kejuruteaan Asastera Berhad (KAB)
Tarikh tutup: 7/11/2017, Selasa, 5 petang
Tarikh penyenaraian: 17/11/17, Jumaat
Status shariah: Shariah oleh BIMB sec
Pelaburan IPO adalah salah satu cabang pelaburan saham yang anda sebagai pelabur mesti ambil peluang. Ini kerana kebanyakkan IPO pada hari penyenaraiannya memberi keuntungan atau premium kepada pelabur mereka. Terutama kepada kaunter yang harga tawarannya di bawah RM 1.00.
Walaupun peluang anda dapat saham yang banyak adalah nipis kerana kekadang saham tawaran kepada awam sikit yang memohonnya banyak, namun jika anda berjaya mendapatkannya pada hari pertama penyenaraian anda akan senyum lebar dengan kenaikkan yang mudah dan banyak.
Jadi anda sebagai pelabur, jangan biarkan pelaburan IPO seperti ini berlalu begitu sahaja. Cubalah. Jika naik jajaran kenaikkanya di antara 5% ke 50% pada hari pertama penyenaraian. Modal anda pula hanya di peram sekitar 2 minggu sahaja.
Kepada pelabur baru, anda perlukan akaun CDS untuk memohon IPO awam ini.
LIKE & SHARE video ini supaya semua rakan dan saudara mara anda tahu cara untuk memohon IPO awam menggunakan Maybank 2 u.
Jadi dengan adanya video ini anda dah dapat secara percuma real kes bagaimana untuk memohon IPO secara lengkap.
Sila SHARE untuk manfaat bersama.
Tak perlu pergi kelas saham mahal-mahal untuk belajar cara mohon IPO.
Di sini PERCUMA ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
*Klik pada HD setting untuk video yang lebih jelas ðŸ˜Š
--------------------------------------------------------------------
Perkhidmatan saya;
1. Pembukaan akaun CDS dan trading saham di Bursa Malaysia
2. Personal coaching saham
3. Khidmat nasihat pelaburan saham secara percuma
Hubungi 0149927074
JEFFRY AZIZI JAAFAR

Post original di FB saya 6/11/2017


Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL