BULLISH REVERSAL CANDLESTICK PATTERN

BULLISH REVERSAL CANDLESTICK PATTERN
___________________________________
Musim banyak stok harga dah jatuh ke bawah dan volume pun makin menghilang ni kita kena cari bullish reversal pattern.
Jadi apakah dia Bullish Reversal pattern ni? Kepada yang follow saya dah lama ada beberapa pattern yang saya dah post di sini.
Secara ringkasnya ianya adalah candlestick pattern bila mana terjadi pattern sebegini mempunyai kemungkinan yang besar harga berubah dari downtrend kepada uptrend.
Saya lebih suka mencari Bullish Reversal Candlesticks pada paras harga;
1. Major Support
2. Bounce dari upward trendline
Jadi terpulang pada anda untuk menjadikan ia satu buy signal ataupun pengukuh kepada sistem trading anda.
Bullish Hammer
--------------------------
Ianya juga di panggil Bullish Pin Bar oleh traders. Kalau dalam bearish reversal lawannya ialah Shooting Star.
Ianya adalah single candlestick formation dan paling mudah untuk di kesan. Rujuk gambarajah.
Bagaimana nak entry?
Kalau berpandukan hanya candlestick formation tanpa indikator lain; asasnya boleh beli apabila harga melepasi paras harga tutup candle formation. Lagi cantik sewaktu candles ini terbentuk di sokong dengan volume yang lebih tinggi berbanding candle semalamnya.
Anda boleh setkan target profit di paras resistant terdekat atau pun sekurangnya 1:2 risk reward.
Stop loss apabila harga turun dan tutup di bawah ekor hammer candlestick ini.
Nantikan Bullish Reversal Candlestick Pattern seterusnya pada minggu ini.
LIKE & SHARE untuk rujukan anda di masa depan dan manfaat bersama.
P/s: Esok ada kelas strategi pelaburan saham Bursa Malaysia LIVE trading di Dataran Maybank Bangsar bersama saya.
Hubungi nombor di bawah untuk pendaftaran.
0149927074
JEFFRY AZIZI JAAFAR
Remisier Maybank Investment Bank Bangsar
--------------------------------------------------------------------
Perkhidmatan saya;
1. Pembukaan akaun saham percuma
2. Kelas strategi saham (Esok)
3. Khidmat nasihat pelaburan saham percuma
Hubungi 0149927074 untuk pertanyaan

Post original di FB saya 11/12/2017






Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL