END OF DAY TRADING STRATEGY

END OF DAY TRADING STRATEGY
-------------------------------------------------------
End of day (eod) trading strategi bermaksud kita membuat keputusan trading berdasarkan waktu akhir sesi trading setiap hari. Jika di Bursa Malaysia waktu yang sesuai adalah pukul 4.40 petang sehingga pukul 5.00. Ini kerana kita ada pre closing sesi pukul 4.45-4.50 petang.
Selepas masuk position kita akan hold stok mengikut analisis kita mungkin pegangan sehingga esok sahaja, waktu kontra (5 hari) 2 minggu atau sebulan.
Kelebihan trading EOD
-----------------------------------
1. Terus bekerja seperti biasa dan jadikan stok trading sebagai pendapatan sampingan. Amat sesuai kepada pelabur baru kerana anda memerlukan 20 minit sehari sahaja untuk melihat trading platform anda.
2. Mendapat manfaat GAP UP keesokkan harinya.
3. Meningkatkan kualiti hidup anda tanpa menjadi chart junkie.
4. Mengurangkan stress dengan tidak melayan intraday chart yang volatile.
5. Kurang risiko kerana dapat mengelakkan false signal dari pergerakkan intraday.
6. Boleh pilih stok yang mempunyai probability menaik dengan cepat. Maksudnya entry kepada stok yang beri potensi best reward dan less risk.
7. Dapat mengelakkan emotional trade atau over trade.
Tetapi ada juga kekurangan di sebalik kelebihan ini. Tetapi saya rasa kekurangan ini boleh di atasi. Antara kekurangannya seperti;
1. Anda terlepas pergerakkan besar di waktu intraday seperti potensi kaunter limit up.
2. Anda terlambat membuat cut loss jika kaunter membuat terjunan bebas. Namun anda boleh membuat price alerts untuk mengingatkan anda.
SET UP UNTUK EOD TRADING
1. Short term reversal trading dengan kaedah membuat mencari bullish reversal dan continuation candlestick. Contoh mencari candle Hammer, Inside bar dan sebagainya.
2. Mencari kaunter 52 weeks high yang pasti harga tutupnya adalah harga baru breakout 52 weeks high.
3. Mencari kaunter yang break ke atas channelling dan uptrendline.
4. Menggunakan indikator Bollinger Band dengan pencarian stok duduk di mid Bollingger yang memlunyai upslope.
dan pelbagai lagi mengikut cara trading anda.
Kebanyakkan teknik ini saya akan kongsikan dalam kelas strategi saham saya. Yang terdekat pada esok selasa 27/11/17.
Ambil peluang belajar sementara pasaran sunyi sepi ini.
LIKE & SHARE artikel ini sebagai rujukan anda dan manfaat bersama
0149927074
JEFFRY AZIZI JAAFAR
Remisier Maybank Investment Bank Bangsar
***********************************
Perkhidmatan saya:
1. Pembukaan akaun saham
2. Coaching strategi saham
3. Khidmat nasihat pelaburan saham percuma
Hubungi saya di talian 0149927074 untuk pertanyaan.

Post original di FB saya 27/11/2017






Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL