EXTRAORDINARY GAINS & LOSSES





TACKLE UNTUNG DAN RUGI YANG PELIK-PELIK DALAM PENYATA PENDATAPAN (INCOME STATEMENTS)
-----------------------------------------------------------------
Seperti yang di janjikan semalam, hari ini kita belajar sikit nak baca financial info untuk yang nak layan fundamental. Baca di sini percuma saja tuan puan, jangan lupa aplikasikan apa yang di pelajari ya...
Kebanyakkan penyata pendapatan mula-mula meniaga nampak normal. Macam biasa sales revenue tolak expenses. Tetiba anda tengok Quarter Report (QR) untuk suku ketiga profit nya mencanak beribu persen... atau loss nya menambah beribu persen...
Jadi apa nak buat?
1. Anda kena cari puncanya kenapa perkara ini berlaku. Ini boleh di sebabkan kemenangan lawsuit atau kerugian stok akibat banjir atau kebakaran pada suku yang lepas.
2. Anda kena nilai adakah ini perkara yang berulang sebagai punca pendapatan bisnes atau berlaku once in a blue moon.
Tetapi kekadang yang berlaku dalam stok market Bursa tiap-tiap quarter ade je profit atau loss yang naik pelik-pelik. Kalau anda jumpa kaunter macam ni terus tinggalkan sahaja. Sebab nanti anda kena sakit jantung.
Sepatutnya unsual gains atau loss ini jarang berlaku.
Jika ianya berlaku kali pertama di sebabkan penjualan bangunan atau kemenangan lawsuit dan ianya menyebabkan harga stok anda naik, saya nasihatkan jual dulu ambil untung nanti harga jatuh dan stabil kembali anda beli balik.
Jika ianya melibatkan kerugian yang besar bukan atas sebab perniagaan anda kena nilai kembali adakah perkara ini sementara sahaja? Jika ya ambil peluang untuk menambah pegangan kerana kebiasaannya selang beberapa bulan harga akan naik kembali.l
Apapun sebelum anda membuat pembelian pada stok atau apa-apa instrument haruslah anda mempunyai trading plan dahulu. Jadi anda tahu di mana pintu kecemasan dan di mana pintu keemasan untuk anda keluar.
Sebenarnya dalam trading stok market ini atau apa jua intrument kewangan anda trade lah dengan gaya anda tersendiri, cara yang menguntungkan anda. Ada yang 100% follow price action, ada yang dengan pelbagai TA indikator, ada yang suka kombinasi syarikat yang bagus dan harga yang uptrend, ada yang suka beli ikut rumors dan tips, ada yang ikut software dan sistem dan pelbagai lagi.
Yang uniknya kat Malaysia ni kenkawan, kalau tuan puan perasan la tak kisah stok cap apa atau instrument apa, masa bila harga naik penganalisis fesbuk kita hilang dan samar-samar tapi bila harga drop dia punya analisis dan ulasann fuhhh kalah chairman federal reserve ðŸ˜œ... dia trade ikut software dan sistem tapi bila harga drop mencanak atau naik mencanak dia dok sembang fundamental... ðŸ¤”
Dia berlebih-lebih sebab masa naik takde posisi agaknya... ðŸ˜œ
Pada saya dalam trading kita memasing ada cara tersendiri... asal untung sudahlah...
Nak belajar dan untung short term trading di Bursa? Roger 0149927074
Esok ada satu lagi slot untuk coaching strategi saham yang terakhir pada tahun ini...
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bangsar
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Kelas strategi saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang.
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain.

Post original di FB saya pada 27/12/17

Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL