Market Makers

Assalamualaikum dan salam jumaat yang barakah.
Ada menonton saya tadi di Nine 11 Bernama News Channel tadi? Kalau tak sempat boleh tonton kembali di FB live bernama tadi.
Hari ni edukasi kita berkenaan pasaran bertajuk 'Market Makers'.
Apakah itu 'Market Makers'?
Mereka ini adalah individu dalam satu organisasi yang memberi kecairan kepada pasaran saham. Kecairan di sini bermaksud membuat belian pada harga tertentu atau jualan pada harga tertentu untuk menarik minat pelabur terhadap sesuatu kaunter. Jumlah belian dan jualan adalah besar dan mempunyai volume sesuai dengan saiz kaunter. Mereka ini juga sering di gelar JERUNG dalam pasaran.
Adakah mereka ini sah oleh regulator?
Ya, mereka ini sah dan legit. Sebelum menjadi market makers mereka perlu mendaftar dengan Bursa Malaysia.
Apakah kriterianya?
1. Mesti Participating Organisation di Bursa.
2. Bank atau bank perdagangan di Malaysia.
3. Syarikat yang di perbadankan.
Selain daripada itu, antara lain ialah
i) mesti mempunyai minimun modal minima RM2 juta
ii) mesti 2 orang dalam satu organisasi mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam berurusan di pasaran saham.
iii) mesti mempunyai faciliti supervisory terhadap trading
Jadi market makers berdaftar di sini bukanlah sesorang individu atau pelabur. Mereka ini dari korporat atau syarikat yang bermodal besar dan berdaftar di Bursa.
Kalau individu ada satu istilah yang kita panggil PDT atau proprietary day trader.
Ini kita akan kupas kemudian.
Selain memberi kecairan mereka ini juga bertujuan untuk membuat keuntungan.
Trading settlements sama dengan normal sales.
Mereka juga di kawal oleh bursa supaya tidak membuat spekulasi atau misleading order.
Mereka boleh di gantung juga di sekat seperti individu lain.
Review kaunter untuk hari ni:
1. LBALUM 0.785, set up pullback trade
2. AEMULUS 0.62, ready untuk meneruskan all time high trade
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Personal coaching saham
- Seminar Jom Belajar Saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang!
Facebook : Jeffry Azizi Jaafar
Seminar Jom Belajar Saham vol 3 :
- Tarikh : 5 Ogos 2017 (8.30 am - 5.00 pm)
- Tempat : Lembah Klang
- Topik pembelajaran :
- Pengenalan kepada pelaburan saham - Apakah itu pelaburan saham?
- Mengenali Bursa Malaysia
- Cara memulakan pelaburan saham
- Objektif, strategi, jangkamasa dan modal melabur
- Strategi pelaburan IPO
- Strategi pelaburan FA - Wizards Analysis
- Strategi pelaburan TA - Swizards Trading System
Layari http://sahamwizards.com/jombelajarsaham/ untuk mendaftar sekarang!
Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain




Post original di FB saya 21/7/2017


Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL