Pasaran antrabangsa: Bitcoin

Pasaran antrabangsa: Bitcoin
******************************
Dia punya chart ada gaya macam dotcom bubble tak?
Kalau chart bitcoin tu boleh berpusing ke belakang dia dah buat dah. Jadi sekarang dia boleh buat garis lurus ke atas jek... Kita tengok pun goyang. Berpeluh... Takut dia bengkok lari tak cukup tanah. Hahaa.. Tapi biasa bila bengkok akan ada sucker rally masa untuk menyelamatkan diri.
Tapi yang saya perasan kebanyakkan analyst tak kisah lokal atau global masa mana-mana instrument kewangan mencanak membuat rally agak sepi dari membuat analisis Bullish. Bila stage parabolic curve gini, fuhhh semua jadi pawerrr... Report keluar tajuk macam ni:
"Bitcoin: Investment or Speculation?" aisehhh... Macam tak neutral je kan... Apapun kalau pricee pass 9k macam diorang kene buat report baru je pulak. Tertunggu tajuk reportnya.
Kisah dotcom bubble era 2000 telah membuat perpindahan kekayaan besar-besaran apabila syarikat yang mencanak naik nose dive dalam masa beberapa minggu, namun selepas beberapa tahun sektor teknologi atau dot com ini kembali dengan menguasai minat pelabur sebagai sektor terpadu di mana-mana papan seluruh dunia termasuk Bursa Malaysia selama beberapa tahun sehingga kini.
Mungkin kita boleh belajar sesuatu dari dotcom bubble & bitcoin crazy parabolic curve ini. Antaranya jangan tamak dan jangan lupakan sektor mereka ini jika berlaku super deep price correction kerana di waktu itulah kekayaan baru terhasil. Adakah anda jutawan seterusnya pada next cycle? Ambil peduli & participate. Jangan hanya bertepuk tangan.
0149927074
Jeffry Azizi Jaafar
Remisier Maybank Investment Bank Bangsar

Post origina di FB saya 22/11/2017



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL