Pasaran luar/antarabangsa

Seperti biasa malam saya akan kupas sedikit tentang pasaran luar/antarabangsa.
Saya banyak menulis tentang Bitcoin semenjak dua menjak ini kerana instrument ini dalam trend menaik. Bila ianya dalam trend menaik perkara yang saya risaukan adalah skim atau program money game yang mengambil kesempatan ke atas pelabur yang kurang ilmu nya terjebak dengan pengelola yang bingai macam wombat. Mereka ini baghal suka ambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain. Ambil duit orang dan janji pulangan tiap bulan dan lepas itu hilang seperti debu yang di tiup angin. Yang terjebak akan pasrah dan akan gunakan teknik doa untuk mendapat kembali modal yang di laburkan. Mengapa tidak mencari ilmunya dahulu? Mengapa tidak berfikir dahulu sebelum melabur?
Jom baca tentang kenaikkan Bitcoin ini sepanjang ianya di apungkan di pasaran ini.
8 HARI
----------
Itulah berapa lama masa untuk Bitcoin (BTCUSD) pada April 2013, meningkat dari $100 untuk satu bitcoin kepada $200.
Fast forward empat tahun dan cryptocurrency ini telah mencapai tahap tertinggi sepanjang hidupnya sehingga $4,890.40 dan telah mencatat perubahan $100 dalam beberapa jam secara rutin. Pada hari Selasa pagi, harga satu bitcoin adalah sekitar $4,400; pada petang Selasa ia telah melonjak ke atas $4,700 untuk kali pertama. Jumaat lepas, ia mencatat melebihi $4,800 dan membuat beberapa transaksi melebihi $4,900 untuk seketika. Jika anda membaca posting saya yang lepas sudah saya katakan akan berlaku koreksi jika ianya menghampiri atau menyentuh angka $5000.
Mengapa harga dia naik sebegini?
Salah satu sebabnya kerana unit yang terhad iaitu setakat 1 June 2017 hanya ada 16,366,275 units Bitcoin berada di pasaran berbanding jumlah units sebenar 21,000,000 yang akan berakhir di gali pada tahun 2140. Manusia menyimpan menatang ini dengan harapan ianya mencecah puluhan ribu USD malahan ratusan ribu USD sekeping di masa hadapan. Ya dengan harapan. Kalau menjadi Tahniah! Ada beberapa sebab lagi terjadinya Gold Rush ini.
Pandangan anda:
1. Apa pandangan anda tentang harga Bitcoin berakhir 31/12/2017 ini? Boleh pergi atas $5000? Berpatah ke paras $2500 atau kembali ke pangkal jalan iaitu bawah $100? Sila komen dengan sebab kalau ada. ðŸ˜‚
2. Race to 30,000 figures. Bitcoin dulu atau Dow Jones index? (Tiada tempoh masa) Siapa yang sampai dulu. Cuba komen juga. ðŸ˜‚😂
LIKE & SHARE jika info ini berjaya menyelamatkan anda dan rakan anda terjebak dengan skim bongok di pasaran.
Saya ada menganjurkan kelas mempelajari bagaimana untuk trading dan menyimpan Bitcoin dan alternate currency secara betul tanpa menyertai program.
Hubungi saya di 0149927074 Jeffry Azizi Jaafar.

Post original di FB saya 4/9/2017



Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL