PEMAHAMAN PSIKOLOGI PESERTA PASARAN DALAM DAGANGAN

PEMAHAMAN PSIKOLOGI PESERTA PASARAN DALAM DAGANGAN
*************************************
Ini satu sebab dalam analisis tindakan harga. Ianya adalah satu kolektif sikap manusia atau psikologi mereka.
Penerangannya begini:
Semua bani pelabur tak kira apa jenis warna kulit dan stail akan respon terhadap satu situasi dengan cara mereka tersendiri. Contohnya pelabur akan berfikir dan bertindak balas atas chart pattern yang sering berlaku, dan kemudian akan meramal kemana arah harga akan pergi pada sesuatu tempoh masa.
Sebagai contoh; jika anda melihat satu major resistant (halangan besar) dan harga menyentuh paras tersebut kemudian membentuk satu candle shooting star iaitu bearish reversal candlestick pattern. Anda boleh menjangka bahawa kemungkinan besar harga akan menurun semula ke bawah sehingga datangnya buying momentum. Pada tahap ini sistem quant atau robot atau komputer tidak dapat mengenal pasti corak reversal yang awal sehingga harga berubah arah.
Kenapa ini berlaku?
Ini di sebabkan oleh terlalu ramai trader melihat dan menunggu paras tersebut dan mereka semua tahu harga telah menyentuh paras tersebut dan tidak mampu melepasinya... jadi apa mereka buat selepas itu?
1. Mereka hanya perlu menekan sell orders... ada yang lot besar dan ada yang lot kecil.
2. Ini menyebabkan lambakan saham di pasaran dan seperti biasa apabila penawaran melebihi permintaan harga akan turun kembali mencari paras sokongan di mana pembeli bersedia untuk membeli semula saham tersebut.
Itulah tindak balas harga atau price action... ianya adalah mass psikologi... pasaran di gerakkan oleh aktiviti jual dan beli oleh trader tak kisah medium apa yang mereka gunakan...
Jadi pemahaman pergerakkan harga adalah psikologi pasaran menggunakan data lampau dan apa yang berlaku waktu itu untuk menjana keuntungan.
LIKE & SHARE untuk manfaat kita bersama
0149927074
JEFFRY AZIZI JAAFAR
Remisier Maybank Investment Bank Bangsar
----------------------------------------------------------
Perkhidmatan saya;
1. Pembukaan akaun saham percuma
2. Coaching saham, yang terdekat Sabtu 9/12/17
3. Khidmat nasihat pelaburan saham percuma
Hubungi 0149927074 untuk pertanyaan.
Happy trading!
(Maaf hari ni saya ada kelas strategi saham, pembalasan mesej agak lama)

Post original di FB saya 7/12/2017




Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL