PERSONAL FINANCE

PERSONAL FINANCE
---------------------------------
MENJADI JUTAWAN DENGAN HANYA MENYIMPAN! INI FORMULANYA....
Salam petang ahad!
Wahh kemain rilekss korang petang ni... semoga apa yang di lakukan hari ni di permudahkan dan di berkati...
Korang mesti pernah bercita-cita nak jadi jutawan kan... ada RM1,000,000 tunai dalam simpanan. Saya nak kongsikan cara menjadi jutawan tunai ni tanpa melibatkan risiko yang tinggi. Syaratnya mesti menyimpan wang sahaja. Jadi untuk menyimpan ini anda mesti ada sumber pendapatan. Tak kisahlah aktif atau pasif. Formulanya menggunakan compounding dividen atau interest dari simpanan anda buat itu. Ianya bukan roket sains. Di bawah saya ada kongsikan jadualnya.
Tadi saya ada browse internet dan terbaca satu artikel dari fourpillarfreedom.com by Zach berkenaan Million Dollar Age Grid. Jadi saya buat olahan dalam Bahasa Melayu.
Grid jadual di bawah menunjukkan pada umur berapa anda boleh jadi jutawan dengan simpanan yang anda buat. Grid ini mengandaikan anda bermula dengan RM 0 dan simpanan anda menghasilkan pelaburan bernilai 7% setahun secara dividen atau interest.
Sebagai contoh, jika anda mula menyimpan RM 24,000 setiap tahun pada umur 30 anda sudah ada RM 1,000,000 pada umur 50.
Jadual ini ada kiraan secara matematiknya di bawah.
Berdasarkan jadual tersebut juga kita boleh dapat lihat;
1. Tak kisah pada umur berapa anda mula menyimpan dengan simpanan RM 10,000 setahun anda boleh jadi jutawan setelah 30 tahun.
2. Tak kisah pada umur berapa anda menyimpan dengan simpanan RM 20,000 setahun anda boleh jadi jutawan selepas 22 tahun.
3. Tak kisah pada umur berapa anda menyimpan dengan simpanan RM 40,000 setahun anda boleh jadi jutawan selepas 15 tahun.
4. Pada umur 50 tahun dengan simpanan bermula RM 0, anda boleh jadi jutawan pada umur 63 jika anda membuat simpanan RM 50,000 setahun.
5. Sesiapa boleh jadi jutawan pada umur 65 dengan hanya menyimpan RM 4,000 setahun jika anda mula menyimpan pada umur 20 tahun.
Jadi anda boleh merancang dari hari ini pada tahun berapa dan umur berapa anda mempunyai simpanan RM 1,000,000.
Kongsikan jadual ini dengan pasangan anda, anak-anak dan rakan dan taulan yang berminat untuk mempunyai simpanan RM 1,000,000 di masa hadapan. Tag mereka di sini.
Salah satu sumber pendapatan pasif adalah dari pelaburan saham.
Mulakan simpanan anda hari ini dan rancang lah ia. Dengan ada RM 1,000,000 begitu cepat untuk anda mengembangkannya lagi jika kena teknik dan instrument nya.
LIKE & SHARE artikel ini jika ianya memberi inspirasi pada anda.
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Personal coaching saham
- Seminar Jom Belajar Saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang!
Facebook : Jeffry Azizi Jaafar
Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain

Post original di FB saya 1/10/2017


Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

MARGIN CALL