PYRAMID TRADING STRATEGY

PYRAMID TRADING STRATEGY
-----------------------------------------------
Ini bukan skim piramid atau MLM, ini adalah salah satu strategi dalam stok trading. 😝
Strategi ini mungkin baru untuk anda, jadi sila fokus, like & share supaya tak lupa. Mana tau jumpa peluang nanti boleh gunakan teknik ini.
Mesti anda pernah dengar atau sebut ayat ni " let your profit run?"
Tahukah anda dengan pyramid trading strategi anda boleh lakukannya.
Tetapi bukan semua trade boleh kita aplikasikan cara ini, namun kalau kita dapat jumpa stok yang trending baikk punya inilah masanya untuk guna pakai sistem ini. Jika berjaya, profit anda akan berkali lipat dengan pantas.
APA ITU PYRAMID TRADING?
Pyramid trading adalah satu teknik di mana kita akan menambah position kepada trade yang untung semasa harga bergerak dalam trend ke atas.
Anda boleh lihat contoh chart di bawah.
Jika anda perhalusi teknik ini, risiko nya sama seperti trading biasa tetapi reward nya mantap.
Tetapi strategi ini bukanlah jangka pendek, ianya jangka sederhana ke panjang.
BAGAIMANA CARANYA PYRAMID TRADING
Pyramid trading teknik berfungsi bila mana kita menambah position kepada position yang sedang profit. Seperti macam average up juga cuma entry level lebih bersistematik.
Contohnya kita nampak satu stok baik punya sedang mula meningkat naik.
1. Jadi katakanlah sistem anda memberi buy signal, anda masuk 10,000 units sebagai anda punya trade pertama.
2. Selepas itu, trading sistem anda memberi satu lagi buy signal dalam stok yang sama. Jadi anda membeli lagi 10,000 units. Ini adalah trade kedua anda. Tetapi anda telah memindahkan stop loss trade yang pertama tadi ke next level pada trade yang kedua. Jadi pada trade yang kedua anda mempunyai dua cutloss pada level yang sama.
3. Jadi di sini, position profit untuk trade yang pertama masih selamat dan anda sudah memasuki trade yang kedua. Sekarang anda hanya ada risk pada trade kedua dan tiada risk pada trade yang pertama.
4. Selepas itu katakan stok itu rally lagi. Buy signal keluar dan anda masuk untuk trade yang ketiga. Stop loss anda juga anda ubah kepada trailing stop loss untuk semua trade kepada trade yang ketiga. Jadi sekarang ini, Trade 1, sudah hasilkan profit yang banyak.
Trade 2, sudah floating profit juga.
Trade 3 masih neutral dan risiko hanya ada pada trade yang ketiga. Kerana jika trade ketiga ini hit stop loss trade 1 & 2 automatik juga kita take profit.
PYRAMID TRADING TIDAK MENINGKATKAN RISIKO TRADING ANDA
Tetapi ianya memerlukan modal lebihan la. Yalah kata nak untung banyak kena ada modal padu sikit. Strategi ini menggalakkan kita beduk satu kaunter sahaja at a time. Pendek kata kita fokus.
Kenapa ianya tidak meningkatkan risiko trading?
1. Sebab kita hanya buka new trade apabila trade yang sebelumnya sudah menghasilkan profit.
2. Setiap trade baru kita dah setkan stop loss. Contohnya 3% sahaja drop kita cut.
Jadi setiap trade yang kita lakukan jika hit stop loss hanya ada satu trade sahaja yang akan loss tetapi loss ini sudah di cover dengan profit trade yang sebelumnya.
APAKAH SETUP YANG SESUAI UNTUK PYRAMID TRADING
1. Buy on dip
2. 123 pattern (breakout)
3. EMA breakout
Tetapi teknik ini hanya berkesan kepada stok yang berpotensi untuk rally dan dalam tema yang betul. Jika stok itu dalam kategori goreng kena lebih berhati-hati.
LIKE & SHARE jika anda pelajari satu teknik baru hari ni. Teknik ini membolehkan anda membina kekayaan dalam masa yang cepat dalam stok trading. Tak perlu banyak stok, hanya satu yang rally cukup untuk memberi pulangan 100%, 200%, 300% mengikut kepada saiz units yang anda masuk dan modal anda.
HUBUNGI SAYA DI 0149927074, untuk menempah slot personal coaching anda. Yang terdekat pada hari ahad ini 12 Nov 2017.
#RemisierPalingFriendly
#BursaMalaysia
-------------------------------------
Perkhidmatan saya;
1. Coaching saham
2. Pembukaan akaun CDS dan trading
3. Khidmat nasihat pelaburan percuma
0149927074
JEFFRY AZIZI JAAFAR
LIKE & SHARE info ini.
Terima kasih.

Post original di FB saya 7/11/2017








Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

CORPORATE EXERCISE : BONUS ISSUE