Sentimen Pasaran Antarabangsa

HARGA MINYAK NAIK? JANGAN SALAHKAN AMIRUL MUKMININ AL FADHIL DATO SERI NAJIB RAJAK - Kali ni kita tuding jari pada abang long 777- KIM JONG UN
-------------------------------------------------
Sentimen Pasaran Antarabangsa
---------------------------------------------------
Bagaimana ujian nuklear Korea Utara memberi kesan kepada intrumen kewangan.
Pasaran kewangan bermula minggu ini dengan mood berhati-hati pada hari Isnin dan selasa di rantau Asia dan Eropah selepas Korea Utara mendakwa ia telah berjaya menguji bom nuklear dan dikatakan bersedia untuk melancarkan peluru berpandu balistik jarak jauh.
Kebimbangan mengenai ketegangan baru antara Pyongyang dan A.S. telah memaksa pelabur keluar dari saham dan menukar kepada aset yang dianggap selamat, seperti emas dan yen Jepun.
Pasaran kewangan kembali beralih kepada mood risk off pada hari Isnin selepas ujian nuklear terbaru dari Korea Utara pada Ahad mencetuskan suasana yang stress kepada pelabur.
Selepas ujian ini berlaku dengan lebih kerap A.S. bertindak balas dengan ancaman pencerobohan terhadap Korea Utara, tempoh risiko ini mungkin bertahan lebih lama.
Emas akan mendapat banyak manfaat daripada risiko geopolitik yang meningkat ini sejak dua bulan lalu jika kita rujuk pada carta pergerakkan emas.
Korea Utara berkata pada hari Ahad ia melakukan ujian bom hidrogen yang keenam dan jauh lebih besar daripada yang dilihat sebelum ini, dan mereka claim ianya sebagai perfect test.
Ujian itu kata Kim Jong Un, menunjukkan apa yang dikatakannya sebagai bom yang mampu dipasang pada peluru berpandu balistik antara benua.
Presiden Donald Trump dan pentadbirannya bertindak balas dengan tegas, memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan masih "ON" jika Pyongyang mengancam A.S. atau sekutunya.
Di bawah saya sertakan pergerakkan instrumen yang mendapat kesan positif terhadap sentimen ini.
Kepada peserta PC saya, anda pasti tahu apa yang perlu di lakukan dalam market berhati-hati begini. PM saya semula jika anda hilang arah.
LIKE & SHARE info ini jika bermanfaat untuk anda dan rakan trading anda.
-------------------------------------------
Perkhidmatan saya :
- Personal coaching saham
- Seminar Jom Belajar Saham
- Pembukaan akaun trading & CDS
- Konsultansi & khidmat nasihat pelaburan saham
Hubungi saya di http://jeffry.wasap.my/ atau 014-9927074 untuk book tempat personal coaching anda sekarang!
Facebook : Jeffry Azizi Jaafar
Seminar PC/Jom Belajar Saham vol 4:
- Tarikh : 16/9/2017
- Hari : Sabtu
Jeffry Azizi bin Jaafar (MSTA-UK, CFTe-US)
Remisier, Maybank Investment Bank Bhd
P/s : Klik 'like & share' jika posting ni memberi manfaat kepada anda dan juga orang lain

Post original di FB saya 6/9/2017





Comments

Popular posts from this blog

T4 ATAU FORCE SELLING & STRATEGINYA

TREASURY STOCK

CORPORATE EXERCISE : BONUS ISSUE